BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak maut nahas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Gambar hiasan​

MERSING - Seorang kanak-kanak maut dalam kejadian kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Mersing, di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10.20 pagi, Ahmad Ibrahim Ahmad Nizam, 8, yang merupakan penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku melibatkan dua buah kenderaan.

Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan.

"Siasatan mendapati sebuah kereta jenis Perodua Viva dari arah Jemaluang ke Mersing bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima orang termasuk pemandu pula dari arah bertentangan.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan," katanya ketika mengesahkan kejadian di sini semalam.

Kumar berkata, pemandu kereta Perodua Viva yang berseorangan tidak cedera, manakala pemandu kereta Proton Wira patah bahu kanan dan tulang rusuk kiri, sementara tiga penumpang tidak cedera.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
 
Back
Top
Log in Register