Kanak - Kanak Mangsa Sindiket Pengemis

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,191
Reaction score
2,102
Points
226
19.11.2019 - Kuala Lumpur, “Ada dakwaan Mohd Yassin dan keluarganya menjadi mangsa sindiket, juga warga Rohingya,” kata aktivis masyarakat, Kelana Putra Muhamad.

Dia memberi reaksi itu susulan pendedahan Harian Metro, kelmarin, mengenai kanak-kanak Rohingya, Mohd Yasin Mohamad Rafique, 3, yang menghidap lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus, ditemui meminta sedekah bersama seorang wanita di jejantas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur.

Kelana Putra berkata, Mohd Yasin mungkin menjadi mangsa eksploitasi kanak-kanak dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi sindiket warga Rohingya.

“Kami bersama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Care akan menggerakkan sukarelawan memantau di tempat-tempat lain di Kuala Lumpur,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Dalam pada itu, Kelana Putra berkata, dia bersama Sahabat Care juga dalam perbincangan mengenai bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada Mohd Yasin.

Katanya, berdasarkan maklumat awal diterima, kanak-kanak itu tinggal bersama ibu bapanya yang juga pelarian Rohingya yang mengemis di beberapa lokasi di ibu negara lebih dua tahun lalu.

“Saya dan Sahabat Care yang diwakili aktivis Mohamad Fadzil dan Anas Jamaluddin akan mempertimbang bentuk bantuan sesuai memandangkan kanak-kanak itu sedang sakit.

“Buat masa ini, kami dalam usaha mendapatkan alamat keluarga terbabit untuk memperoleh butiran lanjut mengenai keperluan Mohd Yassin termasuk penyakit yang dideritainya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia, Azah Hana Ahmad Azahari berkata, pihaknya berharap Mohd Yasin dapat ‘diselamatkan’ daripada terus menjadi mangsa sindiket untuk menderma.

“Mohd Yasin sudah ‘digunakan’ sindiket sejak kecil lagi, saya berharap ada pihak tampil membantu kanak-kanak berkenaan daripada terus dipergunakan dan diberikan rawatan sewajarnya.

“Malah, hasil siasatan kami dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mohd Yasin juga tidak pergi mendapatkan rawatan susulan di HKL selepas dibedah dua tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan kehadiran Mohd Yasin di jejantas TBS di Kuala Lumpur, mengundang pertanyaan orang ramai.

Mereka hairan apabila Mohd Yasin yang kisahnya pernah disiarkan akhbar kerana menjalani rawatan di HKL dua tahun lalu, bersama seorang wanita mendakwa ibunya dibiarkan memohon derma orang ramai di situ setiap hari dari 1 tengah hari hingga 8 malam.

Bagaimanapun, Harian Metro dimaklumkan, Mohd Yasin dan ibunya yang memakai purdah kerap berada di Masjid Jamek, Bukit Bintang dan beberapa lokasi tumpuan lain di sekitar ibu kota.









Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/518805/mangsa-sindiket
 
Last edited:
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,756
Reaction score
1,020
Points
196
Kesian. Den harap sapo2 pihak yg mampu bantulah setelkn mslh anak kecik ni. Den mampu doa ajo
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,522
Reaction score
443
Points
81
bab.i betul penjaga..
ko mengemis, dpt sehari paling kurg rm500, ko bg yassin minum air kotak je?
haramjadah...
pastu ckp kos 1k skali sebulan p hospotal tu x mampu..
wei, ko mengemis dpt 500 sehari, baru 2 hari..
lain baki, ko rembat nk kaya ke?
jaddah...kesian kat yassin..
tolong la pihak berkuatkuasa, tolong selamatkan yassin...
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,191
Reaction score
2,102
Points
226
JKM Johor Selamatkan 18 Kanak-Kanak Dari Eksploitasi Pengemis

24.11.2019 - Iskandar Puteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyelamatkan 18 kanak-kanak di negeri ini sejak Januari lepas sehingga kini daripada dieksploitasi sebagai pengemis dan kanak-kanak jalanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Liow Cai Tung berkata kesemua mereka merupakan 17 kanak-kanak warganegara ini manakala seorang lagi bukan warganegara.

“Kerajaan Johor mengambil beberapa pendekatan bagi menangani eksploitasi kanak-kanak sebagai penjaja jalanan di negeri ini.

“Langkah-langkah telah diambil oleh JKM Johor termasuk Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan melaksanakan operasi pengemis dan kanak-kanak jalanan di seluruh negeri,” katanya menjawab soalan Mohd Izhar Ahmad (PH-Larkin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Mohd Izhar ingin tahu berhubung pendekatan atau tindakan kerajaan negeri bagi menangani gejala kanak-kanak sebagai penjaja jalanan yang berkeliaran di tempat terbuka seperti di medan niaga tanpa mengira masa, yang dilihat semakin membimbangkan.

Liow berkata mengikut statistik Talian Kasih, sebanyak 63 aduan berkaitan kanak-kanak diterima di negeri ini sejak Januari lepas sehingga kini dengan empat daripadanya melibatkan kanak-kanak meminta sedekah dan menjual barangan di jalanan, sementara yang lain melibatkan pelbagai kes termasuk kes keganasan terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata JKM memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada kesemua kanak-kanak yang diselamatkan dan keluarga mereka selain mengambil tindakan bersesuaian mengikut Seksyen 17 (1)(k) Akta Kanak-Kanak 2001.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/11/24/jkm-johor-selamatkan-18-kanak-kanak-daripada-dieksploitasi-sebagai-pengemis/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register