BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Lima Tahun Maut Dalam Kemalangan Babit Dua Kenderaan Di Kota Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 8.4 Jalan Kota Tinggi–Kluang di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Alza itu kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Beliau berkata mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza dipandu neneknya berusia 61 tahun, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Kota Tinggi.

Kemalangan, katanya, dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza.

"Mayat dirujuk ke unit forensik bagi tujuan prosedur siasatan, manakala kesemua mangsa terlibat turut mendapat rawatan di hospital sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register