BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-Kanak Hilang Ditemui Semula

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Kanak-Kanak Hilang Ditemui Semula

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Sikap prihatin dua remaja lelaki berjaya mengembalikan semula seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Difahamkan kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Aishah Norman, 4, dilihat sedang berjalan berseorangan di kawasan Taman Seri Rampai, Wangsa Maju di sini kira-kira pukul 4.30 petang Selasa.

Menyedari kanak-kanak itu sesat, kedua remaja terbabit yang masing-masing berumur 16 dan 18 tahun, kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Wangsa Maju untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata sejurus menerima laporan pihaknya bertindak membuat hebahan termasuk membawa kanak-kanak berkenaan di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti kawasan perumahannya.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu gagal untuk mengenal pasti kawasan rumahnya dan kita kemudian membuat hebahan untuk mencari ibu bapa kanak-kanak itu, termasuk memaklumkan perkara itu di semua balai di daerah Sentul.

"Kanak-kanak itu kemudiannya dituntut oleh ibunya kira-kira pukul 7.30 malam tadi," katanya.

Zakaria berkata sebelum dilaporkan hilang kanak-kanak berkenaan dikatakan telah mengikut ibunya bekerja di sebuah restoran di kawasan berhampiran.

Beliau berkata pihaknya berterima kasih kepada kedua-dua remaja lelaki yang prihatin dengan nasib kanak-kanak berkenaan.

"Dengan adanya orang yang prihatin, sesiapa sahaja...terutama kanak-kanak mungkin boleh dielakkan daripada ditimpa perkara yang buruk," katanya.

-- BERNAMA
 
seb baik dak2 laki nie baik

p/s: lily maser kecik2 umo 3 tahun penah kuar umah sampai ilang gak.. last2 ader pakcik construction site nie tolong bawak balik huhu
 
Alhamdulillah...bagus budak berdua tu...
 
alhamdulillah budak berdua tu fikiran dia bersih.. lau kotor mau naya budak ompuan 4 tahun tu..
 
Back
Top
Log in Register