BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Dicampak Dalam Parit Di Saratok, JKM Ambil Tindakan Segera - Nancy

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
cee33eb472141d3288c748556d34b84b69a2c06ec6d5b

dabe1ad5a0d990301125383c7a5f29eb69a2c0893ba2a

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan segera dengan mengendalikan kes seorang kanak-kanak cedera selepas didakwa dicampak ke dalam parit oleh bapanya dalam kejadian yang dilaporkan di Saratok.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata petugas pelindung kanak-kanak turut menziarahi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu, yang kini dirawat di hospital.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan setakat ini bapa mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Difahamkan ibu bapa kanak-kanak itu dalam proses perceraian dan dijadualkan hadir ke mahkamah Isnin ini. Mahkamah akan memutuskan berhubung hak penjagaan sementara kanak-kanak berkenaan selepas meneliti secara terperinci situasi keluarga terlibat,” katanya.

Nancy berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramadan Prihatin di Masjid Darul Hana, Markas Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 di sini hari ini.

Beliau berkata pihak JKM akan terus memantau perkembangan kes dan bersedia mengambil langkah sewajarnya sekiranya diperlukan.

“Sekiranya tiada penjaga yang sesuai, kanak-kanak itu boleh diletakkan di bawah jagaan JKM. Bagaimanapun, kita percaya mungkin ada ahli keluarga lain yang berkelayakan dan boleh membantu menjaga anak berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie dilaporkan berkata dalam insiden Rabu lepas, ibu mangsa yang menyaksikan kejadian itu telah membuat laporan polis dan suspek berusia 43 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh dadah telah ditahan pada hari berikutnya.

 
Back
Top
Log in Register