BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung Melayu bakal lenyap?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Hilmi (dua, kiri) mendengar taklimat berkenaan sistem meter TNB oleh Mohandass.

BALIK PULAU - Kehadiran warga asing di negeri ini yang membeli atau mendiami perumahan baru di kawasan ini dikhuatiri akan melenyapkan perkampungan Melayu secara perlahan-lahan.

Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, selain faktor dasar ‘keterbukaan’ kerajaan negeri yang membenarkan pembangunan dijalankan di celah-celah perkampungan Melayu, masalah harga rumah yang terlalu mahal juga menjadi sebab orang Melayu bakal hilang dari kawasan pulau.

Menurutnya, walaupun jumlah warga asing yang membeli kediaman di kawasan ini tidak diketahui namun jika ia dibiarkan berterusan akan menyebabkan masyarakat Melayu di negeri ini terutamanya golongan muda akan berhijrah kerana tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

“Kita dapati sudah menjadi trend warga asing membeli perumahan di kawasan ini.

"Memang orang kampung tidak mampu membelinya termasuk pasangan muda yang baru berkahwin dan akhirnya mereka terpaksa berpindah.

“Kalau gaji mereka RM10,000 sebulan pun, mereka tidak mungkin mampu untuk memiliki rumah teres yang berharga paling rendah RM500,000,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Sepetang Bersama Adun Teluk Bahang anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, SN Mohandass.

Hilmi berkata, beliau bimbang fenomena berkenaan sengaja dirancang oleh pihak tertentu bagi melenyapkan perkampungan Melayu di Balik Pulau.

Sementara itu, beliau menghargai langkah TNB mengadakan program berkenaan.

Katanya, program sedemikian memberi peluang kepada masyarakat bersemuka dengan TNB untuk mengemukakan sebarang kemusykilan atau masalah.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kampung-melayu-bakal-lenyap-1.139256
 
Last edited:
sapa yg menggalakkan warga asing masuk ek??? bukan kerajaan BN ka???
 
ni mesti anwar jd agen bawa pendatang asing kan.
hehe
 
perniagaan membekalkan warga asing pada sektor pekerjaan memang menguntung. Tu berebut2 import pendatang ni..

Salah siapa, salah kerajaan tak kawal, tambahan pulak rakyat tempatan kurang berminat dan mutu berkerja yang kurang. Jadi perhatian pada penduduk tempatan kurang..

Kampung Melayu semakin kurang, kampung PTI dan pendatang asing akan memenuhi bumi Malaysia
 
Lumrah dunie
Yg ade duit boleh buat ape2
Org asing byk duit, so dorg mampu beli uma mahal2
Org melayu lak, mane mampu
If pemaju tk jual kt org asing sekali pon, keadaan tetap same
Org melayu sukar beli uma teres atas rm500k
 
Kl pun rumah mahal juga, ramai warga asing yg kaya raya beli, tak bising pun, kat penang, kedah selangor pe hal nak kacau
 
sapa yg menggalakkan warga asing masuk ek??? bukan kerajaan BN ka???

salah anwr kot bawak pendtg asing masuk sana:eek::eek: kg baru kl nak kena lenyap oleh pemimpin2 melayu umngok..cai2 dok diam:eek::eek: d katanya rakyat anti pembangunan:eek: sabaq ajelah
 
Inilah jadinya bila bagi muka sangat kat rakyat asing....rakyat sendiri tak mampu nak beli rumah.
 
Back
Top
Log in Register