BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kami tak lena tidur malam

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Benteng belakang rumah Maimun juga turut rosak akibat hakisan.​

KUALA BERANG - Penghuni di dua buah rumah di Taman Jaya, di sini, dilanda kebimbangan berikutan masalah hakisan tebing sungai yang semakin ketara sehinggakan mereka sukar melelapkan mata terutamanya ketika hujan pada waktu malam.

Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku lebih kurang 10 tahun lalu dan pihak berkaitan telahpun mengambil langkah dengan membina benteng pengadang di kawasan hakisan namun ia tidak dapat bertahan lama setelah benteng itu musnah.

Berikutan itu, masalah berkenaan semakin serius sejak dua tahun kebelakangan ini, menyebabkan jarak kedudukan rumah mereka semakin hampir dengan tebing sungai.

Penduduk, Khairul Sham Ariffin, 39, berkata, dahulu jarak rumahnya dengan sungai lebih kurang 20 meter tetapi kini hanya sekitar tiga meter sahaja.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang terlibat membina benteng pengadang sebelum ini kerana sekurang-kurangnya langkah itu mampu buatkan saya menarik nafas lega seketika walaupun ia cuma langkah penyelesaian jangka pendek.

"Setelah benteng pengadang musnah, saya dan keluarga kembali bimbang melihat kedudukan rumah saban hari semakin hampir dengan tebing.

Menurutnya, keadaan itu dilihat benar-benar menggugat keselamatannya dan keluarga.

"Hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan kami bila berlakunya hujan terutamanya pada waktu malam.

"Tidur kami tak lena kerana bimbang berlakunya hakisan yang boleh meranapkan rumah," katanya.

Tambah Khairul Sham, dia berharap pihak berwajib dapat sekali lagi melihat permasalahan itu serta menyegerakan kerja baik pulih tebing sungai termasuk mengambil langkah penyelesaian jangka panjang.

"Sebelum kejadian tidak diingini berlaku adalah lebih baik masalah ini diatasi terlebih dahulu.

"Musim tengkujuh hujung tahun nanti pastinya boleh menyebabkan lebih banyak pergerakan tanah dan saya benar-benar bimbang jika rumah turut menggelongsor ke dalam sungai," ujarnya.


Rumah makin hampir dengan tebing

Bagi seorang lagi penghuni taman, Maimun Abd Rahman, 54, dia kini hanya mampu berdoa agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini memandangkan kedudukan rumahnya hanya kira-kira satu meter sahaja dari kawasan tebing.

"Keadaan sekarang benar-benar bahaya jika berlaku hakisan baharu, makcik tidak tahu bagaimana nasib makcik.

"Masalah hakisan ini risaukan makcik.. benteng belakang rumah juga sudah roboh," katanya.

Katanya, masalah itu bukan sahaja boleh libatkan harta benda tetapi juga nyawa. Maimun berharap pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu sebagai langkah penyelesaian.

"Jika tiada tindakan, kesan jangka panjang pasti lebih banyak rumah lain lagi akan turut berisiko," katanya.

Sementara itu, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Terengganu, Haslina Alias ketika diminta mengulas masalah hakisan tersebut memberitahu pihaknya sedia maklum kejadian itu dan telahpun turun padang ke lokasi kejadian.

"Proses permohonan bagi mendapatkan peruntukan juga telah dihantar ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen). Kita juga perlu melihat reka bentuk yang bersesuaian berikutan kedudukan rumah di kawasan itu berbukit serta agak curam.

"Berdasarkan perancangan juga, kawasan itu akan diberi perlindungan sepanjang satu kilometer. Kita harap penduduk terlibat bersabar kerana perkara ini pastinya melibatkan pelbagai proses termasuk memerlukan peruntukan," katanya.
 
Rumah Penduduk Kuala Berang Berbangsa Kelantan Khuatir Rumah Makin Hampir Dengan Tebing. - kosmo
 
kasihan.... malang lawang bola piala FA mungking bleh wat kutipang derme bantuang membina dindin benten yg baru deh

benteng - teringat zmn itm manjung 90an dulu2 'jom gi benteng! = gi makan kek gerai luor itm'
 
Faham... sekarang ni kan ada gerakan wartawan Kosmo yang nak kondem negeri Kelantan tak habis2.

Biarkanlah sape2 nk kondem negeri Kelantan pn...
Bkn dpt apa, dpt letih je...klu dpt gaji macam blogger umno bn buat tu blh tahan jgk la...
Tapiiiiii....harus diingat, klu dpt gaji sekalipun klu dh org xsuka dan xhalal perbuatan tu, sampai akhirat sana le terpaksa tanggung dosa...
Mampu ke?
Kata Arwah Tok Guru Nik Aziz, jika kita buat sesuatu kerja tu jgn kita pandang/buat kerja tu sampai kt dunia ni je...
Sesuatu kerja yg kita buat tu harus dipandang sampai akhirat sana sbb tujuan utama kita ni adalah nk pulang ke sana...
Dosa dgn Allah at anytime blh mohon ampun selagi hidup tp dosa dgn manusia ni sampai bila2 Allah xkan ampun selagi xminta maaf dgn org...
So, wartawan ke sape ke nk kondem negeri/sape2 ke tu biarkanlah...klu layan kang dgn kita sekali jd sakit hati:p:D
 
Back
Top
Log in Register