eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) membatalkan hasratnya untuk melakukan demonstrasi bogel di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong telah menterjemahkan hasrat mereka itu.
Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, penyebaran gambar bogel Elizabeth yang pernah mengaku sebagai ahli Reformis merupakan satu tamparan besar kepada Khalid dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, kewujudan gambar bogel itu membuktikan bahawa pemimpin PKR sebenarnya tidak layak bergelar wakil rakyat kerana mempunyai moral rendah dan cuba berselindung di sebalik imej pemimpin yang hebat.
"Sekarang, saya ingin menutup isu bogel sebab telah berlaku seorang yang mengaku sebagai ahli Reformis menterjemahkan pendirian kita bahawa bogel tetap akan berlaku," katanya kepada pemberita di pintu masuk jalan utama ke Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Reformis mengugut kerajaan Selangor untuk mengadakan demonstrasi bogel sekiranya tuntutan mereka supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula.
Demonstrasi bogel yang dirancang diadakan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu merupakan bantahan terhadap kerajaan negeri yang menaikkan sewa kediaman PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ramlan turut membidas PKR kerana cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai dalang di sebalik penyebaran gambar bogel itu.
"Mereka tidak boleh jadikan BN sebagai kambing hitam kerana ia bukannya isu BN, ini isu dalaman di kalangan wakil-wakil rakyat PKR, jangan disebabkan apa yang berlaku kita tuduh orang lain tanpa melihat diri sendiri," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ramlan mendesak Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali supaya menghubungi beliau bagi menyelesaikan isu komplot untuk menjatuhkan pemimpin tertentu di Selangor.
Katanya, beliau tidak rela dipergunakan buat kali kedua oleh pemimpin PKR untuk mencapai agenda politik peribadi kerana mereka tidak pernah menghargai peranan yang dimainkan Reformis selama ini.
"Saya beri tempoh lima hari kepada Azmin untuk menghubungi saya, jika tidak Reformis akan mendedahkan rancangan komplot itu dalam satu sidang akhbar.
"Saya mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Mohamed Azmin dan pegawai kanannya kepada saya," katanya.
Sementara itu, Mohamed Azmin yang ditemui di lobi Parlimen mencabar Ramlan mengemukakan bukti kepada Khalid sekiranya beliau benar-benar memiliki bukti itu.