balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Mohd Helmi sedang melayan seorang pelanggan di kedainya yang terkejut dengan harga baharu kad tambah nilai prabayar.
< 1 / 1 >
ROMPIN – Di sebalik keraguan mengenai caj cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang dikenakan ke atas setiap kad tambah nilai prabayar, rata-rata peniaga yang menjual kad tambah nilai tersebut menjual dengan harga baharu iaitu termasuk caj GST.
Peniaga, Mohd Helmi Nizam Hassan, 28, berkata, dia kini mengenakan harga baharu bagi semua jenis kad tambah nilai prabayar melibatkan beberapa syarikat telco dan tidak menafikan ramai pelanggannya merungut mengenai caj baharu tersebut.
“Kenaikan harga kad tambah nilai prabayar ini memang harga yang telah ditetapkan pengeluar dan saya sebagai peniaga mengikut sahaja. Sebagai contoh bagi kad tambah nilai prabayar berharga RM10 kini sudah menjadi RM10.60 kerana GST.
“Peniaga juga menghadapi kesukaran apabila caj baharu ini dikenakan kerana sebelum ini harga genap sekarang sudah ada sen. Sebelum ini tidak perlu guna mesin kira tetapi sekarang sudah perlu,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Helmi berkata, sejak awal pagi menjual kad tersebut dengan harga baharu, dia agak malu kerana sesetengah pelanggan tidak tahu mengenainya dan mereka terkejut apabila diminta bayaran ditambah kerana ada GST.
Menurutnya, buat masa ini kadar yang tertera di kad tambah nilai prabayar tersebut masih lagi sama dan itu mungkin mengelirukan pengguna yang menganggap harga masih sama.
“Tidak dinafikan pelanggan memang merungut mengenai penambahan 6 peratus yang dikenakan dalam setiap kad tambah nilai prabayar. Ada yang terkejut apabila diminta menambah bayaran dan mereka gelabah menyeluk poket mencari syiling.
“Sebagai peniaga memang rasa malu untuk meminta. Jika benar harga baharu itu telah ditetapkan, sepatutnya ia tertera pada kad dan peniaga tidak perlu meminta daripada pelanggan,” katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Zaki, berkata, memang dia terkejut kerana menyangka tiada GST dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar dan baginya itu membebankan.
Dia yang bekerja sebagai nelayan turut bimbang dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang meningkat seterusnya dikenakan GST boleh memberi tekanan kepada golongan sepertinya yang pendapatan tidak menentu.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/kami-ikut-harga-pengeluar-1.375345
