BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Kami Bukan Makhluk Asing..."

hafyz1984

Active+ Member
Messages
4,790
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
ne_06.1.jpg

Sebahagian OKU membantah pengoperasian KLIA2 yang didakwa tidak mesra golongan itu ekoran tidak menyediakan jambatan udara di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Seramai 30 Orang Kurang Upaya (OKU) dari pelbagai persatuan mengecam Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB) kerana tidak membina jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah baru iaitu KLIA2 yang bakal beroperasi tahun depan.

Presiden Persatuan OKU Damai Wilayah Persekutuan dan Selangor, V. Murugeswaran berkata, tindakan MAHB itu seolah-olah menghina gologan OKU yang juga mempunyai hak di negara ini.

"Saya kecewa. Mengapa setiap kali ada benda baru yang ingin dibuat, golongan OKU dipinggir dan di anaktiri?

Kami bukan aliens (makhluk asing). Meskipun kami ini minoriti namun kesejahteraan OKU wajar diberi jaminan," katanya ditemui selepas mengadakan bantahan itu di Menara UOA semalam.

Menurut Murugeswaran yang cacat di bahagian kaki, jambatan udara merupakan satu keperluan bukan sahaja kepada golongan OKU malah juga kepada warga emasa dan ibu mengandung.

Tindakan itu, katanya, menyekat hak mereka untuk ke sesuatu tempat khususnya dalam sektor pelancongan.

Sumber
 
huhu betol tu,jgn nk untung jeeeer smpi pelanggan yg kurang upaya terpinggir....
 
ooo..mende ni...OKU xleh lalu ke??aku rasa mende ni lurus je...xde anak tangga...

diaorang mintak suruh buat jambatan ni, coz kalau tak silap dekat klia2 tak ada aerobrige ni, dorang still guna tangga yang naik dari bawah tu... so orang yang cacat/patah kaki ke apa tak boleh naik atau menyukarkan dorang naik, dengan adanya jambatan ni, insyaAllah masalah dorang akan kurang..

betulkan aku kalau silap
 
fuhh...depa design bukan kira sapa dah..
 
Mahb nak buat.. tony qpr yg tak nak.. Tp infra dah ready utk psg aero bridge di masa depan..
 
Back
Top
Log in Register