BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kamera baharu Nikon

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.JPG

Noriaki (tengah) bersama Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Nikon Malaysia Sdn Bhd, David Ng (tiga, kanan) dan Pengurus Besar Jabatan Jualan Produk Pengguna Nikon Malaysia Sdn Bhd, Hon Soon Teng (tiga, kiri) menunjukkan kamera baharu Nikon.

​

NIKON Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan dua lagi model terbaharu kamera digital lensa tunggal (DSLR) dan kamera kompak iaitu D750 serta Coolpix S6900.

Pengarah Urusan Nikon Malaysia dan Singapura, Noriaki Yamaguchi berkata, Nikon selaku peneraju utama dalam penghasilan teknologi pengimejan digital sentiasa berusaha untuk kekal sebagai jenama nombor satu dengan mengeluarkan rangkaian produk selaras dengan trend generasi masa kini.

“Kedua-dua model kamera ini direka sesuai untuk generasi masa kini. Salah satunya, kamera ini boleh menggantikan telefon pintar untuk pengguna berkongsi gambar di media sosial,” katanya pada majlis pelancaranD750 dan Coolpix S6900 di Kuala Lumpur, semalam.Menyedari kegilaan generasi masa kini terhadap budaya 'selfie', Noriaki berkata, Nikon mengambil kesempatan mengaplikasikan fungsi 'selfie' dalam model terbaharu Coolpix S6900.

Kamera kompak ini direka dengan monitor sentuh LCD pelbagai sudut berserta ‘shutter’ pada bahagian depan kamera sesuai untuk penggemar 'selfie'.Coolpix S6900 didatangkan dalam tiga warna iaitu merah jambu, hitam dan putih dengan harga RM998 seunit.

Sementara itu, bagi model DSLR D750 pula, Nikon meletakkan model tersebut sebagai DSLR paling ringan dan terkecil dalam barisan model DSLR keluarannya.

Kamera ini mempunyai lensa dengan keupayaan 24.3 megapixel FX-format CMOS sensor, 91K-pixel RGB sensor serta fungsi 'shutter' berkelajuan tinggi, mampu menghasilkan gambar dan rakaman video berkualiti tinggi dalam pelbagai suasana.

Kedua-dua model kamera ini dilengkapi WiFi membolehkan pengguna berkongsi gambar terus ke media sosial.
 
Back
Top
Log in Register