BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki putus potong tak lepas

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Seremban: Akibat gagal memotong sebuah kenderaan, seorang penunggang motosikal putus kaki kanan manakala rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Batu 6, Jalan Pantai-Jelebu, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa yang dikenali Muhd Khairul, 22, dan rakannya, Akhmar Hanum, 20, menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan dalam perjalanan dari Pantai ke Seremban.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, penunggang, Muhd Khairun cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

"Ketika itu, sebuah lori yang datang dari arah Pantai ke Jelebu merembuh motosikal ditunggangi mangsa menyebabkan mereka tercampak sejauh tujuh meter," katanya.

pix_gal1

Foto
MANGSA yang putus kaki kanan. FOTO ihsan Bomba

Kata Abdullah, akibat rempuhan itu, Muhd Khairul putus kaki kanan manakala rakannya parah di bahagian badan serta pungggung.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dekat sini untuk rawatan lanjut," katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Putuskaki_potong_taklepas/Article/index_html

10689792_10152516361969998_8050580486253290594_n.jpg

1959329_10152516361959998_1113942856878270545_n.jpg
 
Last edited:
takziah kpd mangsa..berpantang maut sebelum ajal,memotong cmane tu tk lepas..ke kete tu tkn minyak tk bgi potong..moto hilang kawalan..msuk jalan bertentangan
 
Tu yang bahaya.. Jangan ingat boleh lepas.. Kenderaan berat payah nak elak
 
kesian lain kali kena hati2 bila nak memotong.
 
ikut peraturan memotong, ingatan untuk aku juga.
 
10689792_10152516361969998_8050580486253290594_n.jpg

1959329_10152516361959998_1113942856878270545_n.jpg

..
 
motor die xde rupa dah. gila mmg laju ni
 
laluan aku balik jelebu tu..selekoh tak bahaya sangat tapi kena hati kering jugakla..
 
Back
Top
Log in Register