BTC USD 83,138.4 Gold USD 4,110.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki aurat wanita

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
Adakan pemakaian stoking bagi wanita untuk menutup auratnya wajib atau tidak? Saya banyak mendengar pendapat ustaz mengatakan stoking tidak wajib dipakai seorang wanita bagi menutup auratnya daripada dilihat kaum ajnabi.

Seperti dinyatakan semua ustaz, tidak wajib memakai stoking kerana kain yang labuh menutupi kaki seseorang. Namun bila difikirkan kembali, kain yang menutupi kaki adalah sewaktu seseorang berdiri tanpa berjalan.

Apabila wanita melangkah, sebahagian kakinya akan terlihat. Itu yang menjadi kemusykilan pada saya. Maksudnya sewaktu wanita berjalan, kakinya tetap terlihat oleh kaum ajnabi. Lagi-lagi bila wanita itu memakai sandal. Saya perlukan jawapan tepat dan terperinci.

SITI
Klang, Selangor




Ulama mempunyai pandangan dan tafsiran berbeza namun mereka adalah mujtahid yang datang dengan dalil sah dalam hal ini.

Tidak perlu menyatakan satu pandangan lebih muktamad, benar atau lebih baik atau lebih tepat daripada yang lain. Ini kerana sikap merasa paling benar sendiri bukan ciri ulama.

Apalagi sampai mencaci maki ulama lain yang berbeza, bahkan sampai menuduh bid’ah dan membongkar aib dan kekurangan masing-masing.

Semua bukan ciri dari seorang yang berilmu, sebaliknya menandakan kurangnya fahaman seseorang. Di sinilah terletak perbezaan asasi antara ulama dengan orang awam yang sedikit ilmu.

Seorang yang banyak ilmunya memiliki sekian banyak wawasan dan mudah menerima dan memaklumi perbezaan pendapat daripada orang lain.

Sebaliknya, seorang yang kerdil ilmu mudah melemparkan tuduhan. Seolah-olah di dunia ini hanya dirinya yang benar, sedangkan orang lain salah.

Berikut saya perturunkan pandangan ulama yang berbeza dalam hal ini.

Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
Mazhab Maliki dalam pendapat muktamad mengatakan kaki bukan aurat.
Mazhab Syafi’e pula mengatakan ia sebagai aurat.
Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Ia boleh merujuk kepada kitab Feq ala Mazahib Arbaah juz 1 muka surat 584 dan Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya, “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa albait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms 198)
 
Terutama yang jadi pembonceng motosikal...bagi aku wajib pakai stokin
 
Apa ni lain mazhab lain pendapat,bercanggah antara satu sama lain.
Mana satu ajaran yg dibawa oleh rasul.
Tak mungkin hukum yg bercanggah ini dtgnya dari rasul.
Ataupun ulama yg 4 ni memandai mandai bagi hukum yg tidak dibawa oleh Allah dan rasulnya.
 
Last edited:
Apa ni lain mazhab lain pendapat,bercanggah antara satu sama lain.
Mana satu ajaran yg dibawa oleh rasul.
Tak mungkin hukum yg bercanggah ini dtgnya dari rasul.
Ataupun ulama yg 4 ni memandai mandai bagi hukum yg tidak dibawa oleh Allah dan rasulnya.

fhmi terlbh dhl ungkapan "khilaf itu satu rahmat", sblm memberikan sebrg komen negatif terhdp perbezaan hukum fiqh antara mazhab...

cuber jg fhmi maksud Ali-Imran, 100-103 dimana qjjl SWT berfirman agar jgn bercerai-berai....

ttp dlm dan Hud, 118-119 qjjl SWT berfirman manusia mmg dijdkan dgn berselisihan sesama sendiri...

wlu bgimana pon kpd mrk yg dirahmati-Nya, perselisihan itu x bermaksud perpecahan...
 
Last edited:
yg pasti nenen bukan aurat bagi wanita hamba abdi dan wanita merdeka tapi putus haid.
 
Back
Top
Log in Register