BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaki Ampu Yang Munafik

Tajuk: Kaki Ampu Yang Munafik

Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya."Minyak wangi apa ni...busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu,raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya,benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak> wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu> berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah
seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong.

Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak
seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini
pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

MORAL & IKTIBAR
Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka
bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.

Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya. Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang> menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua
manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.

Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.

Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa. Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebabitulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.

Kesimpulan...
Adakah cerita ini ada kena dengan pemimpin kita.. jom kita selam habis2 .....:-? :-?

Tok ayat ni tinggi maknanya perghhh wakenabeb. Den dah nyampah dengan tukang ngampu ni menyusahkan tol. Sapa yg angkat tukang ampu ni? :-? sendiri mau kajilah :))
 
Aku sendiri xtahu siapa orgnya, tp kalo ikut situasi semasa sekarang, masyarakat islam umumnya dah mula menyedari kehebatan & kelebihan ilmu & hukum Allah.. Semakin ramai org mencari rahsia kebenaran islam yg sebenar.. Peristiwa 9/11 menjadi punca dimana hampir semua manusia yg ada didunia mencari informasi tentang islam.. Mereka ingin tahu lebih lanjut tentang agama islam ni.. Malah dah ramai ilmuan barat memeluk islam selepas memahami Al-Quran.
Ada aku baca artikel, dijangka oleh para ilmuan, sistem kapitalis (sistem ciptaan manusia) akan runtuh dlm beberapa dekad.. kalo sistem kapitalis runtuh, apa lg yg tinggal utk manusia??? Tentunya sistem pemerintahan islam kan.. Sistem pemerintahan dimana manusia berpusu2 mencari rahsia kecemerlangan islam pd ms skrg.. Betul x???
So, dalam keadaan camni, xkan xde seorg pemimpin islam yg memahami Al-Quran & lantang menegakkan syiar islam tu sendiri.. Tu yg aku maksudkan dgn bibit2 tuh..
Siapa orgnya, wallahuaklam..

Betul tu....sistem kapitalis ni akan memecahkan manusia jadi 2 golongan, iaitu kaya dan miskin, yang sederhana kurang atau tak ada.....

Bila keadaan ini terjadi, maka manusia akan bertuhankan orang kaya, jadi kaki ampu, dah tak ingat nak minta tolong daripada Allah....Yang nampak hanya orang kaya yang boleh tolong....:D
 
Betul tu....sistem kapitalis ni akan memecahkan manusia jadi 2 golongan, iaitu kaya dan miskin, yang sederhana kurang atau tak ada.....

Bila keadaan ini terjadi, maka manusia akan bertuhankan orang kaya, jadi kaki ampu, dah tak ingat nak minta tolong daripada Allah....Yang nampak hanya orang kaya yang boleh tolong....:D

Masalah yg kita hadapi skrg, kita semakin tersepit dek keadaan semasa.. Semua org termasuk aku mencari jalan keluar... Sbg bukti, kita tgk masa PRU12 hr tu.. Org dah x senang dgn pimpinan sedia ada.. Mana yg boleh yakinkan kita utk berubah jd lebih baik, itu yg kita ikut....:D :D Cari jalan kluar gak tu....
 
Masalah yg kita hadapi skrg, kita semakin tersepit dek keadaan semasa.. Semua org termasuk aku mencari jalan keluar... Sbg bukti, kita tgk masa PRU12 hr tu.. Org dah x senang dgn pimpinan sedia ada.. Mana yg boleh yakinkan kita utk berubah jd lebih baik, itu yg kita ikut....:D :D Cari jalan kluar gak tu....

hua huaaa aku plak tgh carik jalan MASYUK..... jgn mara aaaa
 
Back
Top
Log in Register