BTC USD 86,460.3 Gold USD 4,142.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kajian isu hari kiamat

ayat al-quran itu jelas, Allah dh bgtau ramalan manusia mmg x betol...hanya Allah je tau...so mmg xde sapa boleh tau, hatta malaikat, jin mahupun iblis...
 
ayat al-quran itu jelas, Allah dh bgtau ramalan manusia mmg x betol...hanya Allah je tau...so mmg xde sapa boleh tau, hatta malaikat, jin mahupun iblis...

betul tu.....

sebab hanya Allah saya tau yg terbaik utk manusia............
 
:-?..dari aku mengkaji perihal hari kiamat..baik aku kaji diri aku sendiri..bekalan cukup ke tidak nak di bawa ke alam 1 lagi...bukan apa..kalu bekalan tak cukup untuk di bawa ke alam 1 lagi..memang kiamat la nanti..
 
kiamat tu rahsia Allah,

jd xpayahla kita merncang bile kiamat,

hadis2 tu semua hadis sahih ker?

jgn sbb terlalu taksub sampai memakan diri sendiri plak.....

Bukan taksub cik dila sayang..

sekurang-kurangnya bila kita baca, datang juga keinsafan di hati.

Kita asyik dengan dunia, kadang2 susah nak ingat Allah. Bila baca, kita jadi takut dan kita akan sentiasa ingat kat Allah. Kita berdoa, jika kita tinggalkan Al-Quran sebelum ni kita mengaji balik. Kalau sebelum ni kita lalai dalam solat kita perkemaskan balik. Jika kita sebelum ni bergelumang dalam riba kita cuba elakkan.

Bukankah Allah suka bila kita ingat kat Dia.

Bukankah Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kita supaya berpesan-pesan kepada kebaikan?

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

Benda ni bagus. Sekurang-kurangnya sebelum ni kita jauh dengan Allah, kita berusaha untuk dekatkan diri dengan Allah.

Tak kisah la bila kiamat datang kan. Kiamat itu pasti. Samada kecil atau besar.

InsyaAllah. :">
 
ada x sesiapa yg baca blog imran hossein pasal hari kiamat?
 
xpayah la duk sibuk nak pikir pasal kiamat...
kiamat tu adalah yg pasti...
skrg ni cuba la pikir pikir pasal mati jer dulu...
atleast setiap hari pikir la sekali..
"kalau la aku mati arini, ape bekalan yg aku nak ada"
pikir camtu pun dah cukup...
sbb mati itu pun benda yg pasti...
sama2 la kite buat ape yg patut...
 
Kiamat tidak akan terjadi untuk seribu tahun lagi dari sekarang,kerana Nabi Isa Al-masih belum diturunkan Allah semula kedunia.Sebelum baginda diturunkan sudah berlaku terlalu banyak kacau bilau terjadi di Dunia ini. Yakjuj-Makjuj pun belum kelihatan dimana2,bagi manusia Muslim kita tak perlu memikirkan kerana kalau mengikut perkiraan hayat manusia hari ini kita tidak akan berjumpa Kiamat itu.TETAPI kepercayaan kita tetap mengatakan bahawa ia akan terjadi,hanya Allah jua yang mengetahui tarikh terjadinya tetapi akan terjadi pada hari Juamaat.InsyaAllah.

mana awak tau wang??? Tidak seribu tahun lagi??? Apa nas mu?

Setahu saya ada nas mengatakan bahawa jika hari jumaat itu adalah hari kiamat yang pasti sedangkan semua tanda-tanda kiamat belum muncul lagi, nescaya Allah tangguhkan masa pada hari itu sehingga semua tanda-tanda kiamat muncul, kemudian kiamat pun terjadi. Maknanya masa jadi panjang pada hari itu. Jadi, benarlah kiamat boleh terjadi pada bila-bila masa pada hari jumaat? Tiada siapa pun boleh meramalkannya. Sekian.
 
kiamat tu rahsia Allah,

jd xpayahla kita merncang bile kiamat,

hadis2 tu semua hadis sahih ker?

jgn sbb terlalu taksub sampai memakan diri sendiri plak.....


Assalaamualaikum...

Kita tidak taksub tetapi mengingatkan diri agar takut pada Allah swt dan BELAJAR SOLAT 5 WAKTU DI MASJID.

Ada orang pandai bercakap: "Buat apa fikir kiamat? Benda pasti akan jadi." Tapi dalam masa yang sama solat Subuh dan Isya' di masjid pun tak pernah. Tak pernah kenal erti takut pada Allah.

Kiamat berlaku bererti penghisaban.. dan itu adalah antara perkara paling ngeri bagi setiap manusia baik muslim mahupun kafir.

Bahkan begitu dahsyatnya sampai para muqarrabin dan waliyullah juga hanya senyap dan berzikir pada hari tersebut dibawah payungan arasy sementara mereka yang kurang amal bahkan ada yang mandi air peluh sehingga seolah-olah dalam kolam di paras hidung.


Kiamat bukan sekadar kemusnahan dunia cik dila sayang. Tetapi ia merupakan permulaan pada mauqif yang sebegitu lama bagi mereka yang kurang amalnya.



Hadis itu amat diyakini.. sumbernya pun daripada Kitab karangan Ibnu Kathir (melainkan satu atau dua yang saya petik dari sumber lain tapi tetap saya yakini juga).

Dan bagi mereka yang belajar ilmu tafsir Al-Quran.. pastinya akan kenal siapa Ibnu Kathir.

Insya'Allah tiada yang mau'dhu di dalam perkongsian hadis saya.
 
Last edited:
yg pasti kiamat akan terjadi pada hari Jumaat..

persoalannya bersediakah kita?
 
Back
Top
Log in Register