BTC USD 84,657.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kajian isu hari kiamat

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
al+a%2527raf+ayat+187.jpg

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".(al a'raf ayat 187)

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem '2012' dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

l Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

l Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

l Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

l Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.
 
Kiamat tidak akan terjadi untuk seribu tahun lagi dari sekarang,kerana Nabi Isa Al-masih belum diturunkan Allah semula kedunia.Sebelum baginda diturunkan sudah berlaku terlalu banyak kacau bilau terjadi di Dunia ini. Yakjuj-Makjuj pun belum kelihatan dimana2,bagi manusia Muslim kita tak perlu memikirkan kerana kalau mengikut perkiraan hayat manusia hari ini kita tidak akan berjumpa Kiamat itu.TETAPI kepercayaan kita tetap mengatakan bahawa ia akan terjadi,hanya Allah jua yang mengetahui tarikh terjadinya tetapi akan terjadi pada hari Juamaat.InsyaAllah.
 
tanda2 besar tak habis lagi seperti yang diberitakan.
kiamat tak mungkin esok
 
gud info TT........
 
tq TT

yang pasti kiamat tu rahsia Allah

cume Allah dan Rasul Nya dah bagi amaran awal dan tanda2 bila dekatnya hari kiamat duni

tapi kita jamgan lupe...kiamat kecil yang kita tak kan tau..iaitu MATI..dah bersedia kah kita? :((
 
Kiamat tidak akan terjadi untuk seribu tahun lagi dari sekarang,kerana Nabi Isa Al-masih belum diturunkan Allah semula kedunia.Sebelum baginda diturunkan sudah berlaku terlalu banyak kacau bilau terjadi di Dunia ini. Yakjuj-Makjuj pun belum kelihatan dimana2,bagi manusia Muslim kita tak perlu memikirkan kerana kalau mengikut perkiraan hayat manusia hari ini kita tidak akan berjumpa Kiamat itu.TETAPI kepercayaan kita tetap mengatakan bahawa ia akan terjadi,hanya Allah jua yang mengetahui tarikh terjadinya tetapi akan terjadi pada hari Juamaat.InsyaAllah.

Assalaamualaikum syeikh.. :)

Kita tidak akan menemui kiamat kerana kiamat tidak terjadi dizaman masih ada manusia yang selemah-lemah iman adalah ada kalimah 'Laa Ilaaha Illallah' dalam hatinya (Hadis).

Tetapi kita rujuk hadis tentang Fasa umur umat Muhammad SAW:

"Adanya zaman Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. (Fasa 1)

Kemudian zaman fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj kenabian (Khulafa' Al-Rashidin) selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. (Fasa 2)

Kemudian muncul zaman Raja-raja yang menggigit (pemerintahan Kekhalifahan secara keturunan) selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. (Fasa 3)

Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak (diktator / kuku besi) selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. (Fasa 4 - Kita di Fasa ini)

Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. (Fasa 5 - Kerajaan Dunia kembali ke tangan Islam)

Kemudian Nabi saw diam." (HR Ahmad) ==> (angin lembut bertiup dari Yaman mengambil setiap nyawa umat Islam walaupun yang hanya memiliki iman sebesar zarah)



Kiamat mungkin tidak akan terjadi dalam tempoh seribu tahun benar.. tetapi kita berada di zaman peralihan fasa 4 ke fasa 5. Fasa 5 hanya selesai dengan tumpasnya Dajjal di tangan Nabi Isa a.s dan Yakjuj Makjuj kalah kepada ulat di tengkuk mereka sendiri.

KEMUNGKINAN BESAR SEKALI ANDA AKAN HIDUP DAN MELIHAT SENDIRI KEMUNCULAN NABI YANG KEMUDIAN MENGAKU TUHAN YAKNI DAJJAL, YAKJUJ MAKJUJ DAN MATAHARI TERBIT DARI BARAT. :)

Dan jika bernasib baik.. anda akan berada sekali ketika angin lembut bertiup dari Yaman mengambil nyawa umat Islam.

Signalnya:

- Hadis tentang khalifah terakhir = Imam Mahdi a.s
- Hadis tentang berapa lama Imam Mahdi a.s berada (hidup) bersama kita.


Kalau kita perhatikan dengan penuh hikmah setiap hadis akhir zaman yang ada... kemungkinan tamatnya umur umat Muhammad SAW (angin bertiup dari Yaman) menjelang 1,500 hijrah yang diketengahkan beberapa ulama kemungkinan besar adalah sangat tepat.

Saya tidak katakan supaya kita percaya.. tidak.. jangan percaya.. tetapi kaji sendiri berasaskan signal ini:

#1 - Bila Tasik Galilee kering? (Dajjal akan muncul waktu ini - Rujukan Hadis Sahih)

#2 - Setiap 100 tahun akan muncul seorang penegak keadilan (Hadis). Kita sudah hampir mencapai 100 tahun semenjak Khalifah ke-99 iaitu Khalifah Sultan Abdul Hamid II di jatuhkan oleh Yahudi dan Kamal Attarturk. Bermakna ambang kewujudan Imam Mahdi a.s benar-benar di sekitar kita.. tak mustahil tahun hadapan atau dua tiga tahun lagi.

#3 - Rujuk hadis ini:

Telah bersabda Rasulullah SAW: "Sungguh, Bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (pemerintahan oleh pemerintah yang menindas rakyat serta kejahatan). Dan apabila kezaliman dan semena-menaan itu telah penuh, maka Allah swt akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah).

Maka dia akan memenuhi Bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (Bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan semene-menaan.

Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan Bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanam-tanamannya.

Maka dia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun atau 8 tahun, dan paling lama 9 tahun.


Lihat kepada berapa lama Imam Mahdi a.s bersama dengan kita.

#4 - Signal akhir... gabungkan kesemua perkara #1 sehingga #3.. dan anda akan dapati kita hidup dizaman yang mana tanda-tanda besar kiamat akan terjadi benar-benar dihadapan mata kita.

Ada pun pendapat angin bertiup menjelang 1,500 hijrah (ditambah sedikit sebanyak) adalah berdasarkan juga kepada tempoh Imam Mahdi a.s berada dikalangan kita.

Kerana Baginda a.s dipercayai merupakan Khalifah terakhir umat Islam (berdasarkan kepada.. "Kemudian Nabi saw diam." di dalam Hadis riwayat Ahmad).

Maka jika Baginda Imam Mahdi a.s berada bersama kita selama paling lama 9 tahun... ditambah pula dengan kehadiran Dajjal mungkin 2015 ke 2020 (atau tambah sedikit lagi.. boleh jadi kurang sedikit lagi = Berdasarkan Hadis tentang Tasik Thabariyah / Tasik Galilee).. maka jika kita buka mata kita dan lihat dengan mata hati... insya'Allah kefahaman itu akan hadir.


Kerana itu gentarlah wahai setiap jiwa yang cintakan dunia.

Tidak berapa lama sahaja lagi setiap kecintaan itu akan dijadikan daripada ada kepada tiada... dan setiap jiwa yang sebelumnya tidak pernah kenal erti cinta pada Allah swt yang Maha Agung... akan merasai kesusahan fitnah paling besar.
 
Tak banyak yg kita tahu mengenai kiamat. Cuma sedikit sahaja pengetahuan yg diberikan kepada kita.
 
sejuk hati bace bende2 camni dri bace kt section politik yg ntah ape2..sibuk ng dunia...

ape2 pon kupasan yg bagus TT!!!
 
Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

sama la pulak... :">:">:">

sesungguhnya pengetahuan yang dalam tentang kiamat hanyalah disisi Allah. Allah merahsiakan supaya kita tahu batas akal kita dan supaya istiqamah dalam beramal. Thanks TT.
 
Back
Top
Log in Register