eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
ARAU 26 Sept. - Beberapa projek mega yang dirancang dalam pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) perlu dikaji semula berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu kebelakangan ini.
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah NCER, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, projek itu mungkin boleh diganti dengan program lain yang dapat membangunkan modal insan dan membantu para peniaga kecil.
''Kajian semula itu perlu dibuat kerana kekangan ekonomi semasa selain projek mega di negeri-negeri tertentu yang bergerak perlahan.
''Bagaimanapun, saya akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan perkara ini dan mendapat garis panduan perkara yang boleh dilakukan untuk pembangunan NCER," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin dan ibu tunggal di Masjid Tambun Tulang di sini. Hadir sama pada majlis itu Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim.
Shahidan bagaimanapun tidak menyatakan projek-projek mega yang perlu kajian semula tersebut.
Beliau memberitahu, dalam masa terdekat juga beliau mungkin akan melawat negeri-negeri di utara Semenanjung bagi mendapatkan pandangan menteri besar dan ketua menteri berkaitan NCER di negeri masing-masing.
''Bagi projek NCER di Perlis, saya berharap kerajaan negeri akan meneruskan projek Pusat Benih Negara yang akan meletakkan negeri itu sebagai pengeluar benih bermutu tinggi dan sebuah pelabuhan darat," ujarnya.
Pak Lah dah salah lantik nie. Harap kan sokong, sokong bawa rebah