BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kahwin usia muda

mydatabest

Freshie
Messages
33
Joined
Apr 18, 2013
Messages
33
Reaction score
0
Points
11
kahwin.jpg


Perkahwinan pada usia masih muda memang digalakkan terutama buat mereka yang tidak boleh mengawal nafsu. Darah tengah muda, nafsu pula membuak-buak.
Statistik tahun 2005 sehingga 2010 juga menunjukkan kes pembuangan bayi yang meningkat dan untuk mengelakkan isu ini berleluasa, perkahwinan pada usia muda digalakkan.
Namun harus diingatkan banyak cabaran yang harus mereka lalui apabila sudah mendirikan rumah tangga.

Seperti yang dapat kita lihat kini, apabila ramai golongan muda yang berkahwin awal, bahkan usia baru belasan tahun sudah mendirikan rumah tangga. Penulis tertanya-tanya adakah adik-adik di bawah usia 20 tahun ini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan suami?

Mental, fizikal dan rohani haruslah disiapkan terlebih awal buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu perceraian yang banyak berlaku ini akibat tiada keseimbangan mental yang baik dan kurangnya ilmu perkahwinan. Mereka tahu nak kahwin saja!

Misalnya yang boleh kita lihat adalah isu yang berkaitan di mana isteri kelar tangan suami yang pulang lewat ke rumah kerana cemburu. Malu kalau berkelakuan begini, nampak sangat belum cukup matang!

Persediaan mental penting tidak kira kepada suami atau isteri bagi menjaga hubu*ngan yang dibina berkekalan selamanya tanpa perlu dibawa ke mahkamah sehingga berlaku perceraian.

Kadar perceraian antara pasangan yang berumur 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding mereka yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Ini disebabkan faktor kematangan yang berbeza-beza dan tahap pemikiran yang masih muda.

Apabila mendirikan rumah tangga, tanggungjawab semakin besar malah menurut Islam, dosa seorang isteri akan digalas oleh seorang suami. Bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda kerana banyak perkara yang harus mereka fikir dan jadikan sebagai panduan.

Bila masih muda, masing-masing akan cuba mempertahankan hak dan pandangan sendiri tanpa memikirkan emosi dan perasaan pasangan, lalu mula timbul perasaan curiga dan benci yang menebal.

Sebelum tangan digoncang dan digenggam oleh tok kadi, seseorang lelaki haruslah tingkatkan ilmunya untuk membimbing seorang isteri. Banyak isu perceraian yang kita lihat berlaku apabila masing-masing tegakkan dan berhujah sendiri lalu akan berlaku konflik dalam perkahwinan yang dibina.

Berlaku juga perubahan dalam hidup apabila berkahwin awal ini, bayangkan sebelum berkahwin sudah pasti tiada orang yang akan mencampuri kehidupan tetapi selepas berkahwin, pasti ada orang yang akan mengambil berat dan sebagainya.
Apabila tidak boleh menerima perubahan itu dan terasa diri seperti dikongkong, mulalah berlaku konflik dan akhirnya mencetuskan pergaduhan besar yang membawa kepada keretakan rumah tangga.

Sebelum mendirikan rumah tangga, fikirkan secara rasional dan matang supaya tidak menyesal di kemudian hari yang membawa satu gelaran baru kepada anda iaitu duda dan janda.

Ada juga suami atau isteri walaupun sudah mendirikan rumah tangga masih mengharapkan keluarga dan bergantung harap dengan keluarga sendiri lagi malah masih di bawah tanggungan ibu bapa. Sudah berkahwin, pandai-pandailah bawa diri, janganlah sehingga menyusahkan keluarga.

Sekiranya sudah bersedia menghadapi liku-liku kehidupan berumah tangga dan tiada masalah dalam cabaran itu, dapatlah anda untuk berfikir berkahwin seawal usia.
sumber:http://www.hmetro.com.my/

petikan dari-http://wansite.blogspot.com/2013/05/kahwin-usia-muda.html
:)
 
Kawin muda bes xyah nak pikir pasal awek bila dah kerja.
 
bgs kawin awl coz ikut sunnah. nabi pun kawin umur 25. btw biar la bersedia dulu sepenuhnya dr segi mental+fizikal
 
Hang da kawen lum copy mcm ada pglman sndri je.crite skit

Pengalaman ape,6t ko da kawin ko tau ke bestnye.
Sementara masih bujang layan dulu kebebasan dan keseronokan 6t da kawin dah x sama masa bujang.
 
KLau dah ada pasangan yg sesuai...
Segerakan lah..
 
Pengalaman ape,6t ko da kawin ko tau ke bestnye.
Sementara masih bujang layan dulu kebebasan dan keseronokan 6t da kawin dah x sama masa bujang.

Da x lme da den ni bujang bro
x sempat nk nikmati ape pn..lifestyle den pn x ada istilah enjoy sgt.
Lg bnyk dr free
aku sgt risau dgn kwn2 aku yg mghadapi mslh middle age crisis
 
Bagus kawin awal, dr buat maksiat dan dosa...
 
Da x lme da den ni bujang bro
x sempat nk nikmati ape pn..lifestyle den pn x ada istilah enjoy sgt.
Lg bnyk dr free
aku sgt risau dgn kwn2 aku yg mghadapi mslh middle age crisis

Kalau x sempat nikmati zaman bujang,nikmatilah nikmat perkahwinan,jgn ikutkan sgt kawan2 bujang tu mereka tiada apa yg anda ade.
 
Kalau x sempat nikmati zaman bujang,nikmatilah nikmat perkahwinan,jgn ikutkan sgt kawan2 bujang tu mereka tiada apa yg anda ade.

Mcm ni copy...
Kwn2 aku majoriti kwn awl,24,26.skrg 30s la.ble ekonomi da ok
hutang da kurang.biz mkin bgus,tu yg diorg start nk cri fun..bli superbike
Bjalan sne sni mglalahkn org muda.hehe.tula yg aku kate midle age crisis

sng cite x puas enjoy dlu
 
Back
Top
Log in Register