BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

Suzardi Maulan September 5, 2014

Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama.

Jadi, selama 7 tahun pertama ini, jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.

5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.

6. Beli aset sikit-sikit. secara kecil-kecilan. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.

7. Buat bajet siap-siap untuk:

-Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
-Bersedekah setiap bulan.
-Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
-Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Sediakan bajet yuran pembelajaran pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai ke*****an pada masa hadapan nanti.

9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…

http://www.pakdi.net/9-step-mudah-u...mail&utm_campaign=Feed:+pakdi-net+(Pakdi.Net)
 
tip mmg terbaik.
nak ikut tu kna tahan nafsu ..n minda yg kuat..
pnulis sdri blh ikut ke?
hehe
 
tambahan/kaedah lain supaya graduan muda bijak mengurus wang..

bermula dgn meletakan mindset ingin membuat bizness sendiri dalam tempoh 5 tahun..

1) mula kan pekerjaan dengan makan gaji swasta/gov untuk dapatkan feeling/environment/network/simpanan.

2) merancang bizness plan sebelum berhenti kerja makan gaji..

Secara Automatik..

1) xda hutang kereta/rumah/dll.. sbb fokus lebih kepada bizness plan yang nak dibangunkan..

2) meletakkan diri dalam keadaaan risiko, yang mana membawa kepada keadaan peka pada persekitaran. lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan.
 
Back
Top
Log in Register