ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mansor memegang kalimah ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW yang diturunkan.
ALOR SETAR - Sebuah kafe milik usahawan Muslim di Jalan Alor Mengkudu, dekat sini, dilanda kontroversi apabila dinding di belakang premis berkenaan didakwa berlatar belakang iklan arak.
Dalam masa sama, beberapa potongan ayat al-Quran dan perkataan ALLAH SWT terpampang di laluan menuju ke kafe, sekali gus mencetuskan tanda tanya kepada pelanggan.
Melalui maklumat orang awam, sebuah NGO iaitu Pertubuhan Amal dan Ukhwah Semalaysia (Paduka) Kedah, diketuai pengerusinya, Mansor Ahmad, turun padang meninjau keadaan.
Menurutnya, pihaknya melawat kafe berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kait iklan arak dan kalimah suci yang ada di premis berkenaan.
"Kita mendapati tiga anak muda baru sahaja memulakan perniagaan mereka di tapak berkenaan.
"Khabar angin bertiupan mengatakan bahawa kafe berkenaan ada kaitan dengan pusat hiburan berdekatan hanyalah salah faham semata-mata," katanya.
Mansor berkata, dahulu kafe itu dimiliki pemilik pusat hiburan berkenaan, tetapi ia telah berpindah milik kepada tiga usahawan muslim terbabit.
"Ketiga-tiga usahawan ini turut dinasihatkan menurunkan potongan ayat suci berkenaan buat masa ini bagi mengelakkan insiden tidak diingini nanti.
"Kita minta mereka menggantikan gambar hiasan kalimah Allah dengan papan tanda seperti makanan Muslim bagi membersihkan nama mereka," katanya.
Katanya, peristiwa itu harus dijadikan peringatan agar tidak menggunakan kalimah ALLAH SWT sesuka hati, sebaliknya merujuk kepada pihak sepatutnya dahulu.