bujangsenang
Fun Poster
- Messages
- 891
- Joined
- Sep 6, 2007
- Messages
- 891
- Reaction score
- 17
- Points
- 15
:-?:-?:-?:-?
Artikel Penuh -->http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121118/su_01/KAFA-hilang-penaja#ixzz2CXmWwOd8
© Utusan Melayu (M) Bhd
KAFA Hilang Penaja
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya musim ini, Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.
Keputusan untuk tidak lagi menaja The Red Warriors diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Azlan Muhammad dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.
Hadir sama adalah peguam syarikat itu Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.
Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mengambil keputusan untuk mengubah haluan ke Johor musim.
"Mat Yo merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan dan keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema (sama kekal atau menarik diri sebagai penaja).
"Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Keputusan ini memang begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami orang berniaga, sudah tentu kami tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.
Berita penghijrahan Norshahrul yang mendapat jolokan The Linesman membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia yang terkenal itu untuk terus menaja The Red Warriors untuk musim keempat berturut-turut.
Artikel Penuh -->http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121118/su_01/KAFA-hilang-penaja#ixzz2CXmWwOd8
© Utusan Melayu (M) Bhd
