feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
Kedudukan kedai MDB di kawasan perumahan tidak memberi banyak keuntungan menyebabkan peniaga mahu kadar sewa diturunkan.
PADANG LUAS - Peniaga mahu kadar sewa bulanan kedai Majlis Daerah Bera (MDB) di Taman PAKR Kerayong Indah diturunkan segera kerana mendakwa kadar dikenakan sekarang tidak berbaloi dengan pendapatan bulanan diterima mereka setiap bulan.
Peniaga, Siti Khadijah Mohd Zaini, 38, berkata, dengan jumlah penduduk kurang daripada 1,000 orang, peniaga yang menyewa kedai itu sukar mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.
Menurutnya, persaingan hebat daripada peniaga yang menjalankan perniagaan di hadapan rumah masing-masing turut membantutkan pendapatan seharian peniaga di situ.
“Bukan kami nak salahkan mereka yang berniaga di rumah, tetapi MDB kena beri kelonggaran kepada kami yang menyewa kedai di sini.
“Kalau kedai ini terletak di laluan utama, masih boleh diterima kerana sekurang-kurangnya orang ramai akan berhenti untuk minum atau makan,” katanya.
Siti Khadijah berkata, berikutan kadar sewa sentiasa meningkat, penyewa juga silih berganti kerana tidak sanggup menanggung kerugian.
Bagi Norhayati Mohd Yamin, 39, pula, selain terpaksa menanggung kadar sewa yang tinggi, peniaga juga kerap berhadapan dengan masalah penyelenggaraan kedai.
Menurutnya, setiap kerosakan perlu dimaklumkan kepada MDB, namun kelewatan kerja-kerja membaik pulih sering mengganggu perniagaan mereka.
“Selalunya kalau kami buat laporan kerosakan, mereka mengambil masa lama untuk membaikinya. Keadaan ini sememangnya mengganggu perniagaan terutama berkaitan dengan kemudahan elektrik atau air,” katanya.
Norhayati berkata, peniaga boleh membaiki sendiri kerosakan itu, tetapi tidak dibenarkan untuk menuntut kos ganti rugi.
Sehubungan itu katanya, peniaga di situ merayu MDB mempertimbangkan perkara tersebut bagi membantu peniaga Bumiputera supaya terus maju dalam sektor perniagaan.
