BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar Penyertaan PeKa B40 Masih Rendah, ProtectHealth Akan Rombak Semula StrategiÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,125
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,125
Reaction score
346
Points
141

Kadar Penyertaan PeKa B40 Masih Rendah, ProtectHealth Akan Rombak Semula StrategiÂ​

5a899e152f3adfda78673690d11ede386a06e2a37cd2a

Ketua Pegawai Eksekutif, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd Wan Mohd Hazwan Wan Mohd Najib menyampaikan ucapan pada Taklimat Media ProtectHealth di Block 2300 Century Square hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyusun semula strategi bagi program saringan kesihatan Skim Penjagaan Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) susulan kadar penyertaan yang masih rendah.

Hanya kira-kira 1.9 juta orang telah menjalani saringan daripada lebih tujuh juta penerima layak setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Wan Mohd Hazwan Wan Mohd Najib berkata agensi itu telah mengenal pasti beberapa kemungkinan kadar penyertaan rendah berkenaan, termasuk tahap kesedaran awam terhad, stigma terhadap label “B40” serta keengganan penerima untuk menjalani saringan kesihatan.

“Kami sedang mengkaji isu yang menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah dan mengapa mereka tidak menyertai program itu. Mungkin kerana usaha libat urus tidak mencukupi atau kerana orang ramai enggan menjalani saringan,” katanya kepada pemberita pada taklimat media, di sini hari ini.

Wan Mohd Hazwan berkata ProtectHealth merancang untuk menumpukan kempen akan datang yang menekankan aspek kesejahteraan keluarga dan kesihatan jangka panjang, memandangkan promosi saringan percuma semata-mata dilihat kurang berkesan untuk menggalakkan penyertaan kumpulan sasar.

Beliau turut mengakui sebahagian penerima mungkin mengelak daripada menjalani saringan kerana bimbang akan mengetahui penyakit sedia ada serta kebimbangan terhadap kos rawatan susulan.

“Sesetengah orang lebih suka untuk tidak tahu. Jadi sekarang kita bukan hanya fokus kepada saringan, tetapi juga melihat kepada memperluas program ini kepada pengurusan penyakit bersama pengamal perubatan am,” katanya.

Wan Mohd Hazwan berkata peluasan program itu yang dijangka hujung tahun ini, mungkin merangkumi sokongan pengurusan diabetes peringkat awal dan keadaan pradiabetes melalui kerjasama dengan klinik swasta.

Dalam usaha meningkatkan penyertaan, ProtectHealth turut mengintegrasikan program ini dengan aplikasi MySejahtera bagi membolehkan pemberitahuan terus dan tempahan janji temu.

 
Back
Top
Log in Register