BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar baharu tidak munasabah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Seramai 2,100 yang menerima notis penyelarasan cukai hadir mendengar dan berdialog bersama ahli majlis dan kakitangan MPHTJ di MITC, semalam.​

BANDARAYA MELAKA - Kadar baharu yang dikenakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berikutan penyelarasan kenaikan cukai taksiran, mendapat bantahan kira-kira 13,000 pemilik tanah.

Mereka mengemukakan bantahan sejak semalam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan masih dibuka sehingga 16 Mei ini.

Bantahan itu merupakan sebahagian daripada 58,000 pemilik tanah melibatkan rumah kediaman, premis perniagaan dan bangunan industri.

Mereka mendakwa, kenaikan itu mendadak susulan penilaian mengikut harga semasa, sekali gus dianggap membebankan rakyat yang kini berdepan pelbagai peningkatan kos sara hidup.

Rata-rata turut mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melakukan penilaian bagi tempoh 28 tahun.

Bagaimanapun, semalam, seramai 2,100 daripada 3,500 pemilik hartanah yang diberikan notis bagi sesi bantahan, hadir mendapatkan penjelasan daripada pihak MPHTJ.

Penduduk, Bistamam Talib, 60, berkata, MPHTJ sekiranya mahu menaikkan kadar cukai, sepatutnya secara berperingkat seperti lima hingga ke-10 peratus bagi tempoh-tempoh tertentu.

"Bayangkan, sudah lama cukai tidak naik, tiba-tiba saya dikenakan kenaikan 300 peratus. Sudah tentu saya terperanjat.

"Sekiranya mereka melakukan penilaian setiap lima tahun sekali, sudah tentu masyarakat tidak akan terbeban sekarang kerana boleh membayar dengan kenaikan secara sedikit-sedikit," katanya.

Seorang lagi, Jeffry Melvin, 43, berkata, PBT perlu menjalankan tanggungjawab secara lebih bersistematik.

"Akibat kelemahan tidak melakukan penilaian selepas berpuluh tahun, masyarakat sengsara.

"Jika alasan PBT untuk menampung kos perbelanjaan keceriaan dan kebersihan misalnya, sudah tentu kenaikan tinggi ini membawa keuntungan besar kepada mereka," katanya.

Bagi Wong Hon Song, 66, pula, dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori menghabiskan duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli sebuah premis perniagaan.

"Inilah aset yang saya ada untuk terus mencari rezeki di usia tua ini. Pendapatan pun tidak seberapa tetapi cukai pula dikenakan sekali ganda," katanya.

Sementara itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ar Ismail Othman menjelaskan, penyelarasan kenaikan cukai taksiran baharu itu sebenarnya masih di peringkat kajian.

Menurutnya, sesi bantahan dan kajian akan berakhir pada 30 Mei depan bagi membolehkan MPHTJ memuktamadkan keputusan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).

"Bagaimanapun, MMKN akan memutuskan persetujuan atau sebaliknya, keputusan itu perlu disemak semula.

"Sekarang ini adalah proses bantahan dan kajian dilakukan kerajaan serta swasta yang sudah pastinya perubahan cukai akan berlaku.

"Dahulunya, kita menilai atas nilai sewaan semasa tetapi sekarang berdasarkan harga semasa yang melihatkan ada perbezaan melibatkan satu-satu kawasan perumahan," katanya semasa ditemui, semalam.

Ismail berkata, Melaka merupakan negeri terendah kadar cukai taksiran jika dibandingkan di beberapa negeri lain seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang.
 
kalau 3 negeri tu apa naik pun takpe kan3x...hehehe
 
setelah rakyat dibebankan dengan cukai gst....cukai lain pun naik juga....apa gunanya pemimpin mcm ni kalau tak mampu mengurangkan masalah rakyat.

malaysia skrg ni penuh dengan pemimpin yang bermasalah, pemimpin yang mencekik rakyat bukan pemimpin yang membantu rakyat.
 
Rata2 yg nampak dlm gambar tu cina..
 
Back
Top
Log in Register