BTC USD 84,018.8 Gold USD 4,153.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Kredit vs Kad Perubatan

easicircle

Fun Poster
Messages
402
Joined
May 27, 2014
Messages
402
Reaction score
83
Points
20
Salam Warga CG Sekalian,

Sekadar ingin berkongsi pendapat mengenai perbandingan menggunakan kad perubatan dan kad kredit ketika perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta yang rata-rata kita semua ketahui kos rawatannya yang tinggi. Jom kongsi pendapat sama ada anda setuju atau tidak dan mengapa?

Masyarakat masa kini sudah bijak dalam membuat perancangan kewangan demi menjamin masa depan di mana kita semua masih tidak tahu bagaimana kesudahannya. Namun masih ada segelintir golongan yang masih ragu dan berkira-kira memperuntukkan sejumlah wang untuk dikeluarkan bagi membeli insurans perubatan, demi melindungi diri dikala ditimpa musibah seperti sakit kronik, kemalangan, hilang upaya kekal atau sementara.

Berkemungkinan golongan ini masih kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans dan merasakan mereka masih mampu untuk menampung kos rawatan jika hanya perlu dimasukkan ke hospital selama dua, tiga hari atau seminggu akibat demam. Akan tetapi adakah anda terfikir jika secara tiba-tiba anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser.

Berkemungkinan golongan yang masih kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans ini merasakan mereka masih mampu untuk menampung kos rawatan jika hanya perlu dimasukkan ke hospital selama dua, tiga hari atau seminggu akibat demam. Akan tetapi adakah anda terfikir jika secara tiba-tiba anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser.

Pada ketika itu mungkin sukar untuk anda menerima kenyataan, bersedih malah tidak menyangka anda akan berdepan dengan penyakit merbahaya seperti kanser. Namun apa yang lebih membingungkan, bagaimana dengan kos rawatan? Sudah semestinya kos rawatan kanser amat tinggi. Adakah pada waktu itu duit simpanan anda cukup untuk menampung jumlah kos rawatan sehingga kanser anda hidapi benar-benar pulih.

Apakah perlindungan kewangan sebenar yang mampu menjamin anda ketika situasi sedemikian berlaku? Adakah melalui wang simpanan, kad kredit atau kad perubatan? Sekiranya anda memilih untuk menggunakan wang simpanan. Ia boleh diibaratkan umpama gunung jika ditarah lambat-laun akan rata jua. Begitu juga dengan wang simpanan, lama-kelamaan akan habis jika hanya digunakan tanpa menggantikannya.

Malah jika anda menjadikan kad kredit sebagai sumber kedua itu juga akhirnya akan membebankan anda dengan hutang dikala anda sendiri tidak tahu bila masanya anda akan mampu melangsaikan segala hutang.

Ramai yang masih mengeluh kerana setiap bulan semua duit gaji habis untuk membayar komitmen. Kemampuan kewangan yang dikatakan cukup terbatas walaupun hanya perlu ketepikan 10% daripada pendapatan setiap bulan untuk membayar polisi insurans. Namun rata-rata individu masih tidak nampak akan kepentingan dan manfaat kad perubatan untuk jangka masa panjang dan di waktu yang tak diduga.

Anda hanya perlu membelanjakan kira-kira RM5 sehari untuk mendapat kad perubatan yang bakal menanggung kos perubatan jika anda dimasukkan ke hospital. Malah anda hanya perlu membuat bayaran paling minima untuk perlindungan maksima.

Seperti yang kita sedia maklum kos rawatan di hospital swasta sememangnya begitu tinggi jika dibandingkan hospital kerajaan. Caj bilik bagi sehari sahaja paling minima RM100 tidak termasuk caj perubatan, pemeriksaan doktor dan lain-lain. Jika demam panas sahaja bil rawatan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Inikan pula jika didiagnos menghidap penyakit kritikal. Berapa agaknya kos rawatan yang akan dicaj?

Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang berkeinginan dan merancang untuk membeli kad perubatan yang kini semakin meluas penjualannya oleh agen-agen insurans konvensional mahupun takaful. Perlulah lebih berhati-hati dengan menyelidik dan memahami setiap kandungan dan faedah yang ditawarkan oleh polisi insurans perubatan yang terdapat di pasaran. Demi mengelakkan anda daripada ditipu dan akhirnya mengakibatkan kerugian.

Apapun segalanya terpulang pada diri anda untuk merancang sebaiknya dalam memberi perlindungan perubatan terbaik buat diri dan keluarga. Perancangan kewangan yang bijak akan memberikan manfaat kelak kepada diri anda sendiri.

Kesimpulannya berbalik kepada kesedaran masing-masing dalam merencana dan membuat persiapan masa depan. Ini kerana semakin hari kehidupan semakin sukar kerana perlu menanggung pelbagai kos kehidupan seharian yang saban hari meningkat. Pilihan sudah tersedia hanya tinggal anda memilih mana satu yang terbaik.
 
Last edited:
nak jual kad insuran sila.ke tempat yg spatutnya ya tt.
 
Maaf ini tiada kaitan nak jual kad insurans atau apa. Sekadar pandangan. tiada bentuk promosi, tiada link mana-mana syarikat insurans, tiada nombor untuk dihubungi. Jika ingin menjual saya tahu forum mana saya patut berada. terima kasih.
 
bagus amek insuran life ni,tp tu la masyarakat x sedar kebaikan ni.belum sakit xpala tp bile dah kena baru la tau.

cumenye org kita ni malas nak kuar duit utk bayar insuran life pasal dia rasa masih ok dan x nampak kebaikan benda ni.munkin org kita nampak bayar utk benda yg 'x nampak' tu yg buatkan org malas nak labur duit utk insuran.

mcm insuran kenderaan la,andai kata kat malaysia ni x wajibkan nak renew roadtax kene amek insuran dulu,aku rasa ramai yg x amek insuran kete.ni pun rasa buat je psl terpaksa.

company insuran kena bg la something mcm gift ke apa2 ke bile dah bayar insuran,xdela x nampak xde pape bile dah renew insuran..

pendapat 2 kupang aku la
 
setuju..hehehe
 
Setuju!! dan ada betulnya pendapat awak tentang hadiah dan ganjaran setiap kali pelanggan mula membeli polisi dan mempebaruhui polisi supaya dapat menarik orang ramai.

Tapi sejujurnya manfaat dan faedah yang lebih besar setiap individu akan dapat jika dalam keadaan tak dijangka seperti kemalangan atau sakit di mana perlu mendapatkan rawatan selesa kelak jika diri dilindungi insurans.

Kesimpulannya ramai yang masih kurang kesedaran dan berkira-kira nak beli insurans.
 
selamat menjual ins tt.....jauh beza benar 2 kad tu
 
Back
Top
Log in Register