Petikan dari
kadbankislam.com - WangCyber.com | Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim.. terpanggil saya datang ke sini dan ternampak pula site yang diusahakan oleh saya dan partner saya di kadbankislam.com . Ketika saya menulis post ini laman web saya masih lagi kena ip blok dari ISP atas arahan BIMB.
Sebenarnya usaha saya ni masih dalam peringkat pra lancar dan hanya untuk rakan rakan terdekat supaya boleh test drive sistem. Salah seorang dari kami memang agen bertauliah dan memang joint venture dengan arm IT dengan salah sebuah company yang menguruskan permohonan kad bank islam ini. Kami jangkakan projek ini siap awal tahun depan tetapi tidak kami sangka sambutan sehangat ini.
Fasa satu siap sebelum pulang beraya hari Jumaat. Semasa online 3 hari kadbankislam.com telah mendapat lebih 1000 orang pelawat berdaftar, 500 ahli percuma dan juga 191 pemohon yang menyatakan hasrat ingin memohon dengan kami. Tidak dilupakan juga dalam 40 orang sanggup upgrade kepada ahli VIP dengan membayar RM100. Sambutan dan potensi memang ada.
Harus diingat kami bukanlah menjual kad kredit. Tidak ada istilah menjual kerana kami hanya perlu permohonan.
KBI.com hanya affiliate bebas yang tidak mewajibkan sebarang pembelian dan juga permohonan. Anda tidak perlu memohon untuk menjadi affiliate kami kerana kami faham tak semua juga yang layak memohon tetapi tidak semestinya dia tidak mempunyai kenalan yang layak atau mungkin layak.
Pembayaran ahli VIP RM100 adalah untuk prasarana pemasaran internet yang lebih ekskusif. Memang kita ada bagi yang free kepada yang tidak mampu selaras dengan dasar ingin membantu tetapi kami ada juga menyediakan produk dan ciri tambahan ekslusif kepada yang berminat menjayakan projek ini bersama kami. Selain dari tanda sokongan insyallah kami akan menyediakan peluang kewangan yang lebih sikit dalam kemampuan laras niaga kami.
Sistem affiliate 2 level tidak memerlukan AJL. Setahu saya 4 level ke atas baru memerlukan AJL.
Asalkan pengurusannya betul tidak salah kami membahagikan keuntungan kepada ahli walaupun sebenarnya itu hak kami 100%. Dan kami ada hak untuk menentukan harga kepada produk kami. RM100 bukanlah hak menjual. Semua orang pun dah dapat hak menjual tu. Lagipun ini bukannya menjual. Kami lebih kepada servis permohonan disamping dengan produk berbentuk sistem. Mungkin pemikiran yang ingin semuanya percuma tidak dapat menilai produk yang tidak nampak dimata sedangkan hari hari pun pakai telefon kena bayar bil.
Secara lisan melalui telefon 2 hari lepas , apabila saya memberitahu siapa kami yang sebenarnya, pihak kad bank islam berpuas hati dan menjemput kami ke HQ untuk perbincangan dengan corporate communication. Saya faham dengan tindakan Bank Islam blok IP tersebut untuk keselamatan dari gangguan BNM dan disarankan kepada saya agar mengikut guideline yang dibenarkan.
Sistem ini sememangnya baru, belum pernah diusahakan oleh mana pihak walhal sistem komisen ini adalah biasa bagi penggiat kad kredit.
Saya optimis melihat kenyataan Bank Islam tersebut dan saya anggap promosi percuma. Pihak BIMB hanya perlu tahu siapa yang menguruskan dan asalkan mengikut garis panduan dibenarkan insyallah tiada masalah.
Untuk pengetahuan semua, kami belum pun lagi menguruskan sebarang permohonan dan juga menerima pembayaran keahlian VIP setakat ini. Semua data selamat dalam laptop saya dan pemantapan bahagian komisen sedang dibuat utk presentasi ke HQ Bank Islam esok.
Saya berterimakasih kepada Mike yang mempunyai idea yang bernas dan detail isu yang perlu diberi perhatian.
Founder KADBANKISLAM.COM,
Azra Shamsuddin
0123601069