BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Debit GXBank Tiada Caj ATM RM1, Beri Pulangan Tunai Tanpa Had

GXBank Mengacah FlexiCredit - Pelan Pinjaman Wang Mudah Lulus Tersendiri

GXBank
adalah antara bank digital terawal di Malaysia. Sejak diumumkan sehingga bulan Ogos, 750,000 pengguna berdaftar telah dicatatkan. Ia menyokong DuitNow dan juga pulangan tunai 1% dengan kad debit fizikal mereka. Terbaru, GXBank mengacah pelan pinjaman wang tersendiri pula iaitu FlexiCredit.

GXBank-FlexiCredit-Umum-01.webp


FlexiCredit menjanjikan proses pinjaman wang yang mudah lulus berbanding dengan bank-bank tradisional di Malaysia. Menurut GXBank, semua permohonan juga adalah dari dalam aplikasi dan tiada sebarang borang yang perlu diisi. Kemudian selepas permohonan lulus, wang pinjaman akan terus dimasukkan ke akaun GXBank pengguna secara serta merta.

GXBank-FlexiCredit-Umum-02.webp


Untuk bayaran balik, GXBank masih tidak menjelaskan bayaran faedah yang akan dikenakan selain hanya memberitahu pengguna hanya perlu bayar faedah pada amaun yang digunakan sahaja. Bayaran semula pinjaman turut tiada caj tambahan jika diselesaikan kesemuanya lebih awal dari tarikh janji.

Buat masa kaedah permohonan hanyalah melalui jemputan melalui aplikasi GXBank. Mereka yang dijemput akan dimasukkan dalam senarai menunggu tanpa sebarang jaminan FlexiCredit boleh digunakan. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai FlexiCredit dari GXBank. Untuk makluman, GXBank adalah bank konvensional dan tidak patuh syariah.​
 
GX Bank Perkenal Perkhidmatan Perbankan Digital Untuk Perniagaan, GX Biz Banking

GX Bank hari ini menyambut ulang-tahun pertama mereka sejak dilancarkan, dan selari dengannya juga turut memperluaskan perkhidmatan perbankan digital untuk syarikat dan perusahaan, dinamakan GX Biz Banking. Dengan langkah ini, pengguna perniagaan dengan mudah boleh membuka akaun perbankan mereka, dan menguruskannya secara digital.

GX-Biz-Banking-950x453.png.webp


Untuk fasa permulaan, GX Bank menawarkan akaun perniagaan ini untuk para peniaga dibawah ekosistem Grab Malaysia terlebih dahulu, dan menyasarkan penawaran untuk semua perniagaan kecil di seluruh Malaysia menjelang suku pertama 2025. Selari pengenalan ini juga, perbankan digital konvensional ini turut menawarkan sokongan peminjaman dibawah GX Biz FlexiLoan, menawarkan akses kredit awal sehingga RM150,000 dengan pilihan tempoh pinjaman sehingga 3 tahun. Seperti pengenalan perkhidmatan untuk individu, GX Bank adalah penyedia perbankan konvensional, dan bukan mesra syariah.​
 
GX Bank Menyambut Ulang-Tahun Pertama, Kini Menghampiri 1 Juta Pengguna

GX Bank, penyedia perkhidmatan perbankan konvesional digital pertama, hari ini menyambut ulang-tahun pertama mereka sejak dilancarkan, dan pada masa yang sama turut berkongsi kini mempunyai hampir 1 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perkhidmatan perbankan mereka.

GX-2023-950x465.jpg.webp


GX Bank sebelum ini menjadi bank digital konvensional pertama yang mulakan operasi di Malaysia. Ia merupakan bank digital yang diterajui oleh Grab, dan mempunyai ciri menyimpan, kad debit fizikal yang dipautkan ke aplikasi, dan pautan ke aplikasi Grab. Sehingga ke hari ini, sekitar RM1.34 bilion disimpan melalui ciri poket simpanan pada GX Bank. Pihak GX Bank sendiri menyasarkan pengenalan beberapa ciri baharu selari ulang-tahun pertama mereka.

Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan adalah sokongan chatbot dikuasakan kecerdasan buatan pada aplikasi mereka, dinamakan AIni. Melaluinya, para pengguna boleh bertanyakan sejumlah persoalan berkaitan perkhidmatan GX Bank, dan menerima jawapan. Sekiranya sesuatu jawapan tidak berjaya dijawab, AIni akan menghubungkan pengguna dengan GX Buddy untuk bantuan lanjut. AIni dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat dalam masa terdekat.

GX-Lencana-950x535.jpg.webp


Disamping itu, GX turut menyasarkan pengenalan ciri GXWrapped pada aplikasi mereka, membolehkan pengguna melihat corak perbelanjaan mereka melalui paparan ringkas (seperti Spotify Wrapped), selain juga akan hadir dengan ciri lencana pada profil yang memberikan sejumlah lencana berdasarkan kepada penggunaan dan pencapaian menggunakan perkhidmatan perbankan GX.​
 
GXBank Akan Laksana Tempoh Bertenang Satu Jam Untuk Peningkatan Had Pemindahan Wang

GXBank akan melaksanakan tempoh bertenang satu jam untuk peningkatan had pemindahan wang mulai 12 Februari 2025. Pelaksanaan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan amalan perbankan dalam talian yang lebih selamat. Ia juga bagi mengelakkan penipuan dan memberikan masa kepada pengguna untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

GXBank-1-950x534.jpg.webp


Tempoh bertenang ini akan diaktifkan serta-merta sekiranya pengguna didapati meningkatkan had pemindahan wang harian. Sepanjang tempoh berkenaan pengguna masih boleh melakukan transaksi dengan had pemindahan semasa tanpa sebarang masalah. Pengguna juga akan dimaklumkan melalui email berdaftar sebaik sahaja tempoh berkenaan tamat. Perlu ditegaskan bahawa tempoh bertenang ini tidak akan dikenakan bagi urusan penurunan had pemindahan had harian yang bermakna ia boleh diaktifkan dengan kadar segera.

Sumber asal https://rnggt.com/202539558/
 
GXBank Akan Kenakan Yuran Pengeluaran, Penggantian Kad Bermula 17 April

GXBank baru-baru ini memaklumkan bahawa pihaknya akan mula mengenakan yuran bagi pengeluaran kad debit baharu serta penggantian kad, berkuat kuasa pada 17 April 2025. Menurut GXBank, pengguna GXBank akan dikenakan yuran sebanyak RM12 untuk pengeluaran kad fizikal baharu semasa pengaktifan atau penggantian kad. Namun, kedua-dua yuran ini akan dikecualikan bagi pelanggan yang mengekalkan baki purata sebanyak RM1,000 atau lebih dalam akaun GX mereka selama 30 hari berturut-turut dari tarikh pengeluaran kad GX.​

1743927547546.png

Yuran ini akan ditolak daripada akaun GX semasa pengeluaran kad dan akan dipulangkan sekiranya syarat baki purata dipenuhi. Perlu diketahui bahawa yuran yang dikenakan hanya melibatkan pengeluaran kad baharu atau penggantian kad, manakala yuran tahunan bagi kad GX kekal tanpa bayaran. Dalam perkembangan lain, GXBank akan terus mengecualikan caj RM1 untuk pengeluaran tunai melalui ATM MEPS serta yuran transaksi luar negara sebanyak 1.2%, sehingga 6 Mei 2025, atau pada tarikh lain yang ditetapkan oleh GXBank dengan notis terlebih dahulu.

Sumber asal https://gxbank.my/docs/terms/GX Card PDS - ENG and BM - Apr 2025.pdf
 
Back
Top
Log in Register