BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Debit GXBank Tiada Caj ATM RM1, Beri Pulangan Tunai Tanpa Had

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
GXBank, bank digital pertama yang memulakan operasi di Malaysia telah membuka pendaftaran akaun untuk orang ramai mulai awal bulan ini. Ia masih di peringkat ujian Beta dan dibuka untuk 20,000 pengguna terpilih sebelum dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Antara tawaran menarik yang disediakan GXBank adalah pemberian faedah harian berjumlah 3% setahun untuk akaun simpanan. Bagaimanapun, ia masih tidak memiliki banyak ciri perbankan lain, termasuk tiada kad fizikal, kad maya mahupun pengimbas kod QR.
1701154596559.png
 

Kad Debit Dengan Pulangan Tunai Tanpa Had

Kini GXBank telah mengemaskini laman web mereka dan mengatakan, kad debit mereka akan datang tidak lama lagi. Jika akaun simpanan mereka nampak kurang menarik, tawaran kad debit ini kelihatan jauh lebih baik berbanding bank-bank lain.

231127-GXBank-kad-debit-04-1024x577.jpg


GXBank menyatakan, mereka akan menawarkan satu-satunya kad debit dengan pulangan tunai tanpa had. Setiap transaksi melalui kad debit GXBank akan menerima pulangan tunai 1%. Berbanding bank lain yang mengenakan had seperti maksima RM50 pulangan tunai sebulan, GXBank tidak mengenakan had ini. Lagi banyak anda gunakan kad debit GXBank, lagi banyak pulangan tunai diterima.

Dari gambaran dan soalan lazim (FAQ) kad debit GXBank, ia menunjukkan mereka bekerjasama dengan Mastercard untuk menawarkan kad debit ini. Pengguna boleh menggunakan kad debit GXBank di mana-mana kedai atau tempat yang menyokong sistem pembayaran Mastercard. Biasanya di mana ada Visa, di situ juga ada Mastercard.

231127-GXBank-kad-debit-03-1024x684.jpg
 

Keluar Wang Di Mana - Mana ATM Tanpa Caj RM1

Satu lagi perkara yang lebih menarik adalah, GXBank tidak akan mengenakan caj RM1 untuk mengeluarkan wang di mesin ATM. Kebanyakan bank lain, mengenakan caj RM1 jika mengeluarkan wang di mesin ATM bukan milik bank tersebut. Tetapi dengan GXBank, pengguna tidak lagi perlu risau dengan caj RM1. Asalkan wang dikeluarkan di mesin ATM yang menyokong rangkaian MEPS. Terdapat lebih 10,000 mesin ATM MEPS di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, ini adalah tawaran untuk masa terhad.

Permohonan Kad Percuma

Untuk masa terhad, pastinya untuk menarik lebih ramai pengguna mendaftar dengan GXBank, tiada yuran dikenakan untuk permohonan kad fizikal. Malah yuran tahunan juga dikecualikan.

231127-GXBank-kad-debit-01-caj-1024x532.jpg


Selain pembayaran menggunakan PIN 6-angka, kad debit GXBank juga menyokong pembayaran tanpa sentuh ala PayWave. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai sokongan Apple Pay, Google Pay atau Samsung Pay.
 

Pendaftaran Percuma, Bonus RM20 & RM8

GXBank telah membuka pendaftaran untuk ujian Beta perbankan mereka, dengan menawarkan bonus RM20 untuk deposit RM100 pertama. Malah, mereka menambah bonus RM8 jika pengguna memautkan DuitNow ke akaun GXBank. Sebagai bank digital, GXBank hanya beroperasi melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore.

231127-GXBank-app-web-02-1024x577.jpg


Setakat ini, GXBank menawarkan perkhidmatan asas perbankan seperti penerimaan dan penghantaran wang melalui sistem DuitNow, menggunakan nomboor akaun bank, kad pengenalan, nombor telefon atau nombor pendaftaran syarikat. GXBank juga menawarkan faedah harian sebanyak 3% setahun untuk wang yang disimpan di dalam akaun GXBank.

Muat turun app GXBank di Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web GXBank.
 
GXBank Kini Di Buka Secara Rasmi - Boleh Di Muat-turun & Di Daftar Oleh Semua

GX Bank, bank digital pertama di Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa perkhidmatan perbankan digital mereka telah dibuka secara rasmi, dimana aplikasinya boleh dimuat-turun dan pendaftaran telah dibuka oleh semua secara rasmi. Anda hanya perlu ke Apple App Store ataupun Google Play Store untuk memuat-turun aplikasi GXBank tersebut dan kemudiannya melalui sedikit proses pendaftaran dimana mereka akan meminta anda untuk memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, alamat emel dan juga gambar kad pengenalan anda untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun bank digital anda.

Pendaftaran ini hanya memakan masa beberapa minit sahaja, dimana pihak GXBank akan mengesahkan butiran anda, dan anda akan boleh menggunakan perkhidmatan perbankan digital ini dengan cepat sekali. GXBank juga tampil dengan perkhidmatan dompet simpanan Saving Pockets yang membolehkan anda untuk menyimpan wang dengan pendapatan 3.0 peratus setahun dan membolehkan anda untuk menyimpan wang ini untuk pelbagai tujuan seperti pembelian kenderaan, wang percutian, wang kecemasan, pembelian rumah dan sebagainya.

Akan tetapi pihak GXBank telah mengesahkan bahawa simpanan ini tidak patuh syariah kerana lesen yang diberikan kepada mereka tidak menyokong simpanan syariah. Disamping itu, GXBank juga telah memperkenalkan penawaran kad debit mereka yang mana anda boleh gunakan untuk tujuan pembayaran runcit tanpa perlu menggunakan peranti anda.​

1701330722003.png
 
Back
Top
Log in Register