BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet Thai akan dirombak - PM

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

BANGKOK 18 Ogos - Perdana Menteri Thailand Gen Prayuth Chan-ocha berkata, beliau telahpun memohon perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej untuk melakukan rombakan Kabinet.

"Kini hanya menunggu perkenan daripada Raja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.

Kabinet sedia ada dibentuk pada September tahun lepas, menggantikan kerajaan bekas Perdana Menteri Yingluck Shiwatatra susulan rampasan kuasa pada beberapa bulan sebelum itu.

Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung hanya lebih sejam, merupakan mesyuarat Kabinet paling pendek sejak Gen Prayuth menjadi Perdana Menteri.

Insiden letupan bom semalam nampaknya seperti berada di fikirannya semasa beliau ditemui pemberita ketika sedang bergegas keluar dari pajabatnya. - BERNAMA
 
tgk la negara jiran... nk ubah kabinet dimaklumkan dl pada rajanye.... br wat... kt mesia... Bini suh tukar kabinet dapur... dier gi tukar terus kabinet kerajaan.. br maklum kan kt raja... pelik...
 
kabinet thai ditukar kerana masalah negara
kabinet malysia ditukar kerana masalah perdana menteri
kehkeh
 
Back
Top
Log in Register