BTC USD 83,833.2 Gold USD 4,129.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet Baru Pak Lah

menteri belia dan sukan, dato' ismail sabri yaakob, bapa Dafi AF, so pasni program AF akan berlangsung sepanjang tahun. negara kita perlukan ramai penyanyi...

lepas ni semua ahli sukan Malaysia akan jadi...BAIK PUNYA...( sebut dengan nada yg lembut ):)
 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini telah mengumumkan barisan kabinet barunya yang membariskan lebih separuh daripada barisan kabinetnya terdiri daripada muka baru.

Tiada lagi setiausaha parlimen yang dilantik. Rafidah Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor diantara yang digugurkan dari barisan kabinet. Ahmad Sabbery Chik menjadi Menteri Penerangan. Datuk Seri Muhammad Taib Mohd dan Dato Masyitah Ibrahim sertai kabinet.


PM masih lagi akan memegang Kementerian Kewangan dan Mohd Najib selain dari menjadi Timbalan Perdana Meneri akan terus memegang Kementerian Pertahanan.

Beberapa perubahan dilakukan Datuk Syed Hamid Albar akan bertukar kementerian dari Kementerian Luar ke Kementerian Dalam Negeri. Jawatan Menteri Luar diisi oleh Datuk Rais Yatim.

Hishamuddin Datuk Hussein kekal sebagai Menteri Pelajaran manakala Datuk Khaled Nordin kini memegang Kementerian Pengajian Tinggi.

Datuk Zaid Ibrahim dan Amirsham Abdu Aziz (bekas Pengerusi Maybank) akan dilantik sebagai senator untuk membolehkan mereka memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Penguna disandang oleh Datuk Shahrir Samad sementara Datuk Azalina yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan kini dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ialah Datuk Noh Omar dan Mahyudin Mohd Yassin sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan disandang oleh Shafie Afdal manakala Mneteri Perusahaan Utama oleh Peter Chin.

Zulhasnan Mohd Rafique dilantik Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Ong Tee Kiat sebagai Menteri Pengangkutan.

Datuk Dr Ng Yen Yen sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Datuk Mustapha Mohd, ahli Parlimen Jeli dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sementara Datuk Maximus Ongkili sebagai Menteri Sain, Teknologi dan Innovasi.

Datuk Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ismail Sabri sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sumber : TKO
 
warganegara yg prihatin....:D

Currently Active Users Viewing This Thread: 40 (40 members and 0 guests)
tomie, thegreat, norza0204, levitra, Nazzrie, MKH, nambua, ganurianz, miXxer, ajim2002, USD, diniya, ayie106, emasstech, irsaffy, mzamani, sonche, krixx, anasz, shane, valquisser, ameant, adela1183, potsmoker, khairulkaya, GoldFinger, ahmad81, tuah, pajey, Kasyidi, stevie-g, cay3869, apiso, kufat, suchi_7266, marukochan, sureheboh.com, silvermaddness, joelabu


ramainye~~!! :o :">
 
akhirnya sabery chek jd menteri jugak..harap lebih baik drpd zam hee..
 
boleh dikatakan agak mantap (first impression)...kite tgk hasilnya nanti...mmm
 
KHAIRY x tersenarai weiiii..
18/03/2008 1:05pm

PUTRAJAYA 18 Mac _ Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak disenarai dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu sebelum ini disebut-sebut akan dilantik menyertai barisan baru Kabinet.
 
Rafidah, Radzi, Jamaluddin, Tengku Adnan, Azmi antara menteri digugurkan
18/03/2008 12:58pm

PUTRAJAYA 18 Mac – Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Azmi Khalid adalah antara menteri yang digugurkan daripada Kabinet baru selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Walaupun mereka menang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, nama mereka tiada dalam Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini. - Utusan
 
Perdana Menteri - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak

Menteri di JPM - Tan Sri Bernard Dompok

Datuk Seri Nazri Aziz

Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Zaid Ibrahim

Datuk Amirsham Abd Aziz


Kementerian Kewangan - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Kewangan II - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Kementerian Pertahanan - Datuk Seri Najib Razak

Kementerian Dalam Negeri - Datuk Seri Syed Hamid Albar

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Pelajaran - Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Kementerian Luar - Datuk Seri Dr Rais Yatim

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Peter Chin Fah Kui

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Datuk Mohd Shafie Apdal

Kementerian Pengajian Tinggi - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Dr Mustapa Mohamed

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Maximus Ongkili

Kementerian Pelancongan - Datuk Seri Azalina Othman Said

Kementerian Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Douglas Unggah Embas

Kementerian Pengangkutan - Datuk Ong Tee Keat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Dr Ng Yen Yen

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Noh Omar

Kementerian Kerja Raya - Datuk Ir Mohd Zin Mohamed

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi - Datuk Shaziman Abu Mansor

Kementerian Kesihatan - Datuk Liow Tiong Lai

Kementerian Penerangan - Datuk Ahmad Shaberry Cheek

Kementerian Sumber Manusia - Datuk Dr S Subramaniam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Shahrir Samad

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Ong Ka Chuan

Kementerian Belia dan Sukan - Datuk Ismail Sabri Yaacob
 
Back
Top
Log in Register