eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
ALOR SETAR: Hasrat seorang penjual ikan untuk menggunakan nombor pendaftaran motosikal KA 21 milik arwah bapanya tidak kesampaian apabila ia dikatakan ‘dibeli’ individu lain tanpa pengetahuannya dan keluarga sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, dia hairan bagaimana nombor pendaftaran itu boleh dijual sedangkan bapanya, Abu Bakar Shafie tidak pernah menjual motosikal jenis Honda 50 itu atau menukar nombor pendaftaran berkenaan sehingga arwah meninggal dunia pada November 1994.
“Malah, saya masih menyimpan geran asal motosikal itu yang dikeluarkan pada 1961. Tak mungkin nombor pendaftaran itu boleh dimiliki orang lain,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia kemudian membuat semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, dan dimaklumkan nombor pendaftaran itu kini digunakan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz milik seorang wanita di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Katanya, JPJ juga memaklumkan kepadanya proses penukaran alamat dan nombor pendaftaran itu dilakukan di Kuala Lumpur.
“Saya kemudian menghubungi nombor telefon yang tertera dalam majalah itu dan lelaki yang menjawab panggilan itu mendakwa memperoleh nombor pendaftaran itu daripada seorang lelaki di Kedah,” katanya.
Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada 11 Julai lalu.
Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah, Abd Rahman Hussin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.