Biasa kalau air filter standard, duduk dala kotak ,dan ada kereta yang ada piping yang ambung ke bawah, biasanya belakang bumper.Ada yang macam Proton, naik ikut atas enjin dan scoop belakang grille.
Kalau open pod, biasanya tadak kotak tu,jadi less restrictive/kurang halangan.Tak ada paip ke belakang dan sedut dalam ruang enjin sahaja.
Masalah apabila enjin mula panas,seperti perjalanan jauh ataudalam kesesakan, udara panas akan mula disedut masuk.
Open pod tak sedut element luar seperti batu atau serangga, kecuali memang benda tu semua wujud dalam engine compartment.
Untuk atasi masalah sedut udara panas, wujud pula heat shield, yang mewujudkan halangan, supaya haba dari enjin tak sampai ke open pod air filter.
Tapi ini akan menyebabkan air filter menjadi terhalang,sebab ruang makin kecil, walaupun luas permukaan elemen filter masih lebih luas daridrop in air filter.
Maka tebuk lubang pada bumper dan sambung paip ke dalam ruang heat shield.
Lubang pada bumperini juga boleh menghasilkan 'ram air effect' pada kelajuan tinggi,yang mana udara termampat sebab banyak udara termampat semasa melalui paip pada kelajuan tinggi.
Tapi kena betul betul laju la.
Masalahnya, benda benda lain pun boleh masukikut lubang ni.