BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juvana 3 - Perhitungan Terakhir Trailer - Dipawagam 29 September

F4124L

Fun Poster
Messages
789
Joined
Sep 4, 2009
Messages
789
Reaction score
38
Points
20
image.jpg

SETELAH menemui penonton dalam dua filem terdahulu iaitu Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), kali ini rantaian filem yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana tampil dengan sekuel terbaru berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

Untuk kesinambungan filem ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo, diarahkan Faisal Ishak dan diterbitkan bersama Filmscape Sdn. Bhd., Juita Viden Sdn. Bhd. serta Star Media Group Berhad.

Berkongsi mengenai pembikinan, Faisal yang juga pengarahnya berkata, penggambaran filem ini bermula sejak 28 April hingga 14 Jun 2014 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) Serdang, di mana satu set dibina untuk Juvana.

"Penggambaran Juvana 3 dilakukan serentak dengan Juvana 2. Selain Maeps, kita turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang," katanya.

Jelasnya, cabaran utama filem ini adalah penelitian perkembangan watak dan jalan cerita agar penyudahan Juvana memberi kesan kepada penonton terutama pengikut setia siri dramanya.

"Kami banyak menaik taraf babak-babak lagak ngeri. Selain itu, kami lebih menekankan perincian pre-produksi dan jalan cerita," katanya.

Faisal berkata, filem ini juga menjadi sebuah karya sentimental tersendiri buatnya dan para pelakon.

"Ini adalah yang terakhir, jadi dengan cara tidak langsung ianya sebagai hadiah dan penghargaan kepada semua yang menyokong kami selama ini.

"Dari TV siri 13 Episod, hingga ke Juvana 1, 2 dan kini cerita penyelesaian. Bertahun tahun kami bersama dari 2010, sekarang tiba masanya untuk ucap selamat tinggal," katanya.

Faisal menaruh harapan sama ada peminat ataupun tidak yang akan menonton Juvana kelak, menerima filem ini dengan fikiran terbuka.

"Selain hiburan, jika terdapat iktibar yang boleh diambil darinya, Alhamdulillah kami bersyukur.

"Buat masa ini, tidak terlintas langsung bagi Juvana untuk kembali," ujarnya.

Filem yang padat dengan drama dan aksi membabitkan golongan remaja terbabit dalam gejala sosial seperti gengster dan sindiket pelacuran ini masih lagi mengekalkan teraju utama seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz.

Merupakan kesinambungan sekuel terdahulu, dalam siri ketiga filem ini Botak, Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki, mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim memilih bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam, terpaksa bersetuju bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi menghimpit, harapan mereka terletak pada rakan-rakan lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat?

Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/siri-terakhir-juvana-lebih-aksi-drama-1.565694

layan gambar dulu...

j3_stills_7.jpg

j3_stills_10.jpg

j3_stills_11.jpg

j3_stills_13.jpg

j3_stills_16.jpg

j3_stills_17.jpg

Juvana%2B3%2BPerhitungan%2BTerakhir.jpg

Filem rantaian yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana akan tampil dengan sekuel terakhir berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir. Filem yang mengisahkan masalah gejala sosial itu bakal menyaksikan gandingan hebat Johan As’ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz, dan Hasnul Rahmat. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak terbitkan bersama oleh Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd dan Star Media Group Berhad. Saksikan kesinambungan filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

TAJUK : JUVANA 3 PERHITUNGAN TERAKHIR
Tarikh Tayangan : 29 September 2016
Genre : Aksi
Pengarah : Faisal Ishak
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd
Pelakon : Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyob, Nad Zainal, Riki Rikando, Khairul Muhamad, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim, Rosli Sako

SINOPSIS FILEM JUVANA 3 : PERHITUNGAN TERAKHIR
Merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan Botak, Daim dan Ayam terletak pada rakan-rakan mereka yang lain untuk menyelamatkan mereka sebelum terlewat.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat?

https://www.youtube.com/watch?v=nMElOBG5nWg
 
Last edited:

sebahagian dari realiti cabaran kehidupan remaja
 
Back
Top
Log in Register