BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurukimpal maut digilis lori

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
image.jpg
Keadaan motosikal Mohammad Nazrul yang rosak teruk akibat kemalangan. Gambar kecil: Mohammad Nazrul.


KOTA TINGGI – Seorang juru kimpal maut selepas digilis sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di Kilometer 4 Jalan Bandar Penawar-Punggai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Mohammad Nazrul Mohammad Zaini, 18, yang bekerja di Bandar Penawar dan beralamat di Kampung Paya Emas, Simpang Rengam meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori berkenaan secara tiba-tiba membuat pusingan U.

“Pada masa yang sama, mangsa yang menunggang motosikal menghala ke Punggai telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori menyebabkannya terjatuh dan digilis oleh lori berkenaan.

“Pemandu lori tanpa muatan ini yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan berumur 22 tahun ini berasa takut dan terus memandu menghala ke Balai Polis Sungai Rengit untuk membuat laporan,” katanya.

Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati motosikal tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan manakala lori tidak mengalami apa-apa kerosakan.

“Tempat kejadian merupakan jalan dua hala yang lurus dan garisan berkembar di tengah sebagai pembahagi jalan selain jalan juga rata dan lalulintas tidak sibuk .

“Permukaan jalan kering, berlampu jalan dan terang. Kawasan persekitaran bedekatan dengan kawasan perumahan Lembaga Getah Malaysia.

“Kes ini disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
 
innalillah, takziah pada keluarga arwah
 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
 
cara lori tu pun salah tiba tiba buat uturn di jalan yg ada garisan lurus berkembar
 
Back
Top
Log in Register