balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar portal berita Malaysian Gazzete.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Seorang jurukamera yang sedang bertugas membuat liputan kes pendakwaan rasuah lima pegawai Kastam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, semalam diserang seorang lelaki dari arah belakang.
Kira-kira jam 12 tengah hari itu, Lutin Ahmad, 39, yang merupakan jurukamera bebas dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang merakam visual salah seorang tertuduh yang baru selesai didakwa.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki yang dipercayai mengiringi tertuduh mengangkat tangan dan cuba menghalang tugasnya.
Salah seorang daripada mereka turut menarik Lutin menyebabkan dia hilang imbangan dan rebah berhampiran pintu masuk mahkamah.
“Salah seorang daripada mereka bertindak agresif dan mengasari Lutin walaupun beberapa rakan cuba menghalang.
"Selain menarik baju dan lehernya, lelaki itu cuba memijak Lutin yang sedang rebah,” katanya.
Lelaki berkenaan turut mengugut jurukamera itu sebelum berlalu pergi.
Kejadian itu juga berjaya dirakam lensa seorang jurugambar dari Malaysian Gazzete.
Sementara itu, Lutin yang ditemui berkata, dia terkejut ketika diserang lelaki berkenaan.
“Selama bertugas sebagai jurugambar, ini kali pertama saya diserang dan saya hanya menjalankan tugas,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/jurukamera-rtm-diserang-ketika-bertugas-1.319050