BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurnal Kisah Seram MRT Berdasarkan Pengalaman Benar

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23


Fakta Ringkas Stesen MRT laluan Kajang:

Sistem MRT Malaysia (terutamanya laluan MRT Kajang dan MRT Putrajaya) menggunakan teknologi automasi bertahap tinggi, termasuk:

  • Kawalan tren secara automatik tanpa pemandu
  • Ada motion sensors, thermal readers, vibration detectors sepanjang terowong dan sebagainya.
Dengan ni, manusia tak perlu lagi turun ke terowong sesering dulu. Banyak kerja boleh diselesaikan dari pusat kawalan atau dengan robotik mini.

………… Dan satu lagi tambahan sendiri: Takdelah lagi kena kacau makhluk alam sebelah lepas tu huhu.. (Cue bunyi awal muzik tema X-Files)


***Thread akan di update dengan cerita baru dari masa ke masa.


Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-





1751170334486.png


Kisah Benar: “Bayang Hitam di Stesen MRT


Lokasi: MRT laluan Kajang
Tahun: 2018
Terowong antara Stesen Cochrane dan Stesen Tun Razak Exchange (TRX)




Kisah ni datang dari seorang juruteknik penyelenggaraan MRT, kita panggil dia Hakim.
Dia kerja shift malam. Tugas dia check sistem bawah tanah — trek, lampu isyarat, salur udara, dan kadang-kadang line komunikasi.





Satu hati, waktu telah menunjukkan hampir pukul 2 pagi, Hakim dan team kecil dia (3 orang) kena buat semakan sistem lampu dan litar sepanjang terowong antara stesen Cochrane dan TRX — kawasan paling dalam dan paling senyap dalam rangkaian MRT.

Mereka turun ikut laluan khas maintenance — ikut protokol biasa.
Dalam terowong tu memang gelap walaupun ada lampu operasi, dan bunyi echo langkah sendiri jelas sangat.





Dalam 30 minit pertama, semua normal.
Sampai satu titik dekat kawasan pelapik kabel, Hakim nampak satu benda pelik dari jauh.

Bayang-bayang macam sosok tubuh seseorang dalam gelap — macam orang sedang berdiri tengah-tengah rel.

Dia jerit, “Hoii! Siapa kat depan tu?! Bahayalah berdiri kat situ!”

Takde jawapan. Tapi bayang-bayang tu kemudiannya bergerak perlahan-lahan pergi ke tepi rel, dan akhirnya hilang begitu saja.

Mereka segera terus bergegas pergi mengikuti bayang itu di depan, takut-takut mungkin ada orang tersesat di kawasan itu atau ada penceroboh.
Tapi bila sampai… takde siapa.

Bila diperiksa, CCTV kawasan tu pun takde detect sebarang objek.





Malam tu, team mereka buat laporan tak rasmi sebab dalam dunia maintenance ni, banyak benda tak dilaporkan secara rasmi sebab tak nak panikkan staf baru.

TAPI…

Beberapa bulan lepas tu, dalam taklimat keselamatan dalaman, seorang pegawai kanan yang hampir bersara buka cerita:

“Kalau korang bertugas waktu tengah malam dekat Cochrane–TRX, dan ternampak ‘orang’ berdiri atas rel… jalan je. Jangan tegur. Jangan kejar. Jangan ikut.”

Dia cuma cakap:

“Itu... penghuni yang pernah ‘turun sebelum waktunya’ masa terowong ni belum siap.”





Satu kes belum dibuka pada umum katanya:
Semasa pembinaan awal MRT dulu, ada seorang pekerja buruh kontrak warga asing yang terjatuh ke dalam cerun semasa struktur bawah tanah sedang digali.
Laporan rasmi kata dia selamat.
Tapi… ada cerita kata dia tak sempat keluar pun sebenarnya.





Dan sejak kejadian malam tu sampai sekarang, setiap 2–3 bulan, ada je staf shift malam akan nampak benda yang sama:
Bayang manusia, berdiri senyap atas rel, tapi bila dihampiri — hilang…
atau kadang-kadang — ikut diorang dari belakang.



1751170266164.png




Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Last edited:
1751244213785.png




Kisah: Penghuni Rel MRT Bila Sistem Shutdown

(Lokasi: Laluan MRT Kajang — kawasan antara Stesen TRX & Cochrane)


Dalam sistem MRT, ada satu prosedur keselamatan dipanggil “Total Shutdown Mode” — biasanya bila kerja penyelenggaraan besar dibuat.

Masa ni, kesemua sistem secara automatik akan dipadamkan. CCTV offline. Sumber kuasa diputuskan.
Hanya staf teknikal tertentu dengan akses khas dibenarkan turun ke laluan bawah tanah.

Cerita ni datang dari seorang bekas juruteknik MRT (dalam komuniti mereka, dia dikenali sebagai Pak Din).
Pak Din dah kerja sejak zaman pembinaan, iaitu sebelum MRT beroperasi pun lagi.




Malam tu, dia dan dua orang anak buahnya turun ke laluan bawah tanah, iaitu antara TRX dan Cochrane. Kawasan ni gelap gelita total bila kuasa ditutup. Mereka memakai headlamp sebagai sumber cahaya dan dan walkie-talkie untuk berhubung sesama mereka.

Semasa mereka tengah memeriksa struktur rel di terowong lama yang jarang dilalui (satu cabang kecil yang digunakan semasa fasa ujian dulu), walkie mereka tiba-tiba serentak berbunyi:

“Sapa kat depan tu? Sapa jalan dulu?”

Ketiga-tiga mereka terkesima dan berhenti berjalan.
Takde siapa pun di depan merka. Dan mereka sendiri masih berdiri bersebelahan antara satu sama lain.

Pak Din pun jawab:

“Takde siapa pun jalan dulu. Kami hanya bertiga je kat sini.”

Lepas tu ada suara nafas dalam walkie. Termengah beerat dan mendengus kuat.

Macam mikrofon tu disumbat ke dalam dada seseorang yang tengah mengah.




Mereka mula cepat-cepat bergerak berpatah balik ke arah titik permulaan tempat mula-mula mereka datang. Tapi satu staf muda, Amir, tiba-tiba terhenti dan merenung ke depan.

“Pak Din… depan tu… sapa tu?”

Jauh dalam lorong depan mereka, nampak seorang lelaki. Pakai baju staf. Tapi kepalanya tunduk. Rambut panjang. Tak bergerak.
Cuma berdiri.

Pak Din teriak:

“Hoi! Kau staf mana? Mana ID?”

Tiada jawapan. Lelaki tu hanya tunduk membisu.

Bila Pak Din halakan betul-betul headlamp beliau ke arah lelaki tu, barulah mereka nampak dengan jelas...

“Lelaki” tu tak jejak tanah..

Dia terapung sedikit. Dan... tiada bayang-bayang langsung pada lantai terowong tempat dia ''berdiri".




Amir mula meracau. Menggigil sambil baca ayat Quran tak tentu hala. Seorang lagi staf, Khalid, terus tarik dia ke belakang.

Pak Din laung azan sekuat hati sambil undur perlahan-lahan.

Makhluk tu langsung tak berganjak. Tapi matanya... terbuka luas — merah dan berkilat walaupun tiada cahaya.




Selepas peristiwa tu, laporan rasmi ditulis secara ringkas:

"Gangguan sistem komunikasi & psikologi staf akibat tekanan kerja malam."

Tapi dalam kalangan staf teknikal, mereka tahu — kalau kau turun ke terowong ketika sistem shutdown sepenuhnya, kau masuk ke satu lorong yang bukan lagi sepenuhnya milik manusia.

Dan mereka panggil makhluk tu:

“Penunggu Laluan Mati.”
(Kerana hanya bila sistem dimatikan sepenuhnya, dia “hidup”.)




p/s: Ada sesiapa perasan, suara siapa yang mula-mula bercakap dalam walkie-talkie tu? (Cue muzik awal lagu tema X-Files)



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 

Shift Shutdown: “Rel Hilang Masa”



Kisah ini dari seorang juruteknik MRT underground yang pernah bertugas masa tempoh shutdown penuh sistem MRT, waktu negara tengah PKP dan laluan dibekukan sepenuhnya.



Waktu shutdown penuh ni, hanya kru teknikal je dibenarkan berada dalam rel untuk buat pemeriksaan dan penyelenggaraan kabel serta sistem kecemasan. Semua sensor, sistem elektrik dan CCTV tak aktif. Kerja akan dilakukan dalam mod manual sepenuhnya.



Krew yang masuk ke dalam rel waktu tu hanya 4 orang. Mereka dibekalkan lampu kepala dan walkie-talkie.



Semasa mereka sedang buat semakan sepanjang laluan bawah tanah antara stesen Muzium Negara dan Pasar Seni, seorang krew bernama Zam terdengar bunyi "ting...ting...ting..." - macam bunyi duit syiling terjatuh dan melantun atas rel besi. Benda ni terjadi bila semua orang tengah diam isi borang semakan di satu seksyen gelap.



Zam suluh ke arah bunyi tu tapi tak nampak apa-apa. Tapi kali ni bunyi tu ulang lagi — seolah-olah dari arah depan… dan makin dekat. Dia jeling kawan dia, bagi isyarat tangan, "Kau dengar tak tu?"

Kawan dia angguk.



Tapi bila mereka nak gerak berpatah balik semula, lampu kepala Zam tiba-tiba terpadam.



Dia cuba buka, ketuk sikit, tapi tetap tak nyala. Masa dia tengah tunduk adjust bateri tu, tiba-tiba dia terdengar satu bisikan perlahan, macam ada suara budak kecil tengah menyanyi...

Bila dia angkat kepala — terpancar pantulan wajah dari dinding cermin kaca dalam terowong. Tapi bukan wajah dia. Wajah tu tengah senyum, tapi mata hitam penuh.




Selepas balik dari shift tu, Zam demam panas tiga hari. Bila pengurus besar check log sistem walkie-talkie — katanya ada satu rakaman pendek dari walkie Zam sebelum semua jadi gelap.



Bunyi rakaman cuma ada 3 saat:

Suara perlahan kanak-kanak ketawa kecil... kemudian bunyi dentingan besi... dan suara perempuan tua mengeluh panjang.



Dan yang paling misteri:

Rakaman itu dicatat berlaku pada jam 03:13 pagi.
Tapi waktu semua krew dah balik ke atas dan log keluar, waktu sebenar baru pukul 2:57 pagi.

Ada beza anjakan masa selama 16 minit yang dianggap "Hilang".






Sampai sekarang, krew teknikal akan elakkan laluan tu bila kerja malam sorang-sorang. Mereka panggil kawasan tu:

“Rel Hilang Masa.”



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-








Reply

Report Edit
 
Kisah: Tren Tanpa Jadual (Bersiri)



Cerita ni berasal dari salah seorang staff yang kerja syif waktu malam di stesen MRT Semantan.


Kalau kau pernah nampak, laluan MRT bawah tanah antara Semantan hingga Muzium Negara tu sangat dalam dan amat sunyi kalau waktu malam.



Waktu kejadian berlaku pada pukul hampir 1 pagi.

Syif staf ni tinggal beberapa minit je lagi nak tamat, dan platform memang dah kosong.

Train terakhir yang sepatutnya lalu dah pun berlepas.



Tiba-tiba — lampu isyarat tren hidup sendiri, dan bunyi deruman tren masuk ke dalam platform kedengaran dari terowong arah Muzium Negara. Pekerja tu pelik, dia periksa semula jadual: …tiada tren sepatutnya datang pada waktu tu.



Tapi sebuah tren betul-betul masuk ke platform.



Dia tengok dari CCTV — tren tu penuh dengan penumpang yang hanya duduk diam, tak seorang pun bergerak, tak ada yang berdiri. Wajah mereka semuanya pucat, dan paling pelik — semua mata penumpang tu tertutup.



Pekerja tu hubungi bilik kawalan, tanya pasal tren tu. Tapi jawapan pusat kawalan:

“Tiada tren aktif di laluan bawah tanah sekarang. Semua tren sedang diparkir dan dah shutdown.”



Dia bergegas keluar dari bilik kawalan nak tengok sendiri — tapi tren tu dah tak ada.
Tak dengar bunyi keluar dari terowong. Tak ada rekod dalam sistem. Tapi kat dalam CCTV ada.




Keesokannya, pengurus arahkan dia dan team tengok semula rakaman CCTV. Tapi bila buka... kamera tak merakam apa-apa. Hanya kelihatan platform kosong sepanjang masa.






Orang lama di situ cuma pesan:

“Jangan tegur kalau tren berhenti luar jadual.
Kalau pintu terbuka… jangan pandang ke dalam.
Kalau ternampak penumpang duduk — jangan tunggu sampai mereka bangun berdiri.”




Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
1751595409541.png




Siri Tren Tanpa Jadual: “Tren Yang Dah Tak Wujud"


Cerita ni disampaikan oleh seorang penyelia kanan penyelenggaraan yang pernah terlibat dalam pemantauan jadual tren simpanan (backup trains). Tren ni disimpan di terowong servis bawah tanah, yang menghubungkan depoh penyelenggaraan dengan laluan utama – dalam satu zon yang tidak digunakan untuk laluan awam, tapi hanya untuk logistik dan ujian.



Ia sebahagian dari rangkaian logistik dalaman MRT, tempat tren diletakkan semasa bukan waktu operasi. Kadang-kadang tren simpanan ni dipanggil untuk ujian brek, sistem dalaman, atau bila ada isu kecemasan pada tren aktif






Masa tu, jam menunjukkan dah hampir pukul 3 pagi.

Ada satu tren simpanan direkodkan keluar dari zon penyimpanan, sedang bergerak perlahan-lahan ke arah laluan utama. Tapi tiada sebarang log atau perintah pergerakan dikeluarkan.


Tiada pemandu. Tiada operator. Malah pusat kawalan tak terima sebarang signal masuk.



Sistem automatik cuba "capture" ID tren tu, tapi kamera dan pengesan tak dapat kesan nombor tren. Seolah-olah... tren tu tak wujud dalam sistem.



Beberapa saat kemudian, CCTV koridor laluan mencatat kelibat manusia dalam tren tersebut. Berdiri senyap. Berpuluh orang. Masing-masing hanya menunduk. Beberapa orang – ada yang berpakaian kerja lama, macam uniform pekerja pembersihan, penyelenggara, malah ada yang berbaju sekolah.



Tapi wajah mereka tak jelas. Kabur… seolah-olah hanya bayang-bayang.
Kemudian tren tu berhenti di platform tak aktif (stesen yang dah ditutup bertahun dulu), pintu terbuka sendiri.
Tiada siapa pun kelihatan turun. Tapi bunyi derapan kaki kedengaran.



Dan tak lama selepas tu…
Tren tu berundur balik ke terowong, dan terus hilang dalam kegelapan.
Tiada rekod tren masuk semula. Tapi yang peliknya – rel tempat tren tu lalu, masih panas, macam baru dilalui oleh kenderaan berat.






Selepas kejadian tu, pusat kawalan arahkan lockdown penuh pada zon tu, dan letakkan sistem pengawasan 3 lapis – sensor gerak, tekanan dan penglihatan malam.

Tapi setiap bulan pada tarikh yang sama, sensor gerak tetap akan detect sesuatu sedang melalui laluan tu, pada waktu yang sama.

Dan dari salah satu rakaman termampat IR (infrared), seorang pegawai nampak:
Wajah dia sendiri sedang berdiri di salah satu platform… merenung tren tu pergi.




Penutup:



Yang seramnya, tren yang ‘keluar’ malam tu bukan dalam senarai logistik langsung.
Sistem tak kenal ID dia. Takda QR tag, takda pantulan RFID pun.

Tapi wujud dalam rakaman… wujud dalam suhu rel… dan wujud dalam kenangan beberapa staf lama yang 'pernah tengok' tren tu juga masa zaman depa muda.


Dan yang paling misteri:

Ada satu staf lama yang pernah bekerja di LRT era 90-an, bila dia tengok rakaman tren malam tu, dia terdiam dan cakap:


“Tren ni… bukan tren MRT.
Ni macam LRT lama, model 1st-gen. Tapi tren tu dah lupus, semua dah dilupuskan lama dah. Tak sepatutnya ada kat bawah ni…”



Maknanya… tren tu bukan tren aktif mana-mana sistem sekarang, tapi mungkin dari rel masa silam — entah macam mana… dia masih berjalan.
Atau… masih mencari penumpang terakhirnya.



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Siri Tren Tanpa Jadual: “Tren Yang TAK PERNAH Wujud"


(Satu lagi kejadian yang hampir sama dengan kisah yang saya postkan sebelum ni, cuma tempat, waktu kejadian dan orang yang terlibat saja yang berlainan)



***Orait, Bro Ruls - ni untuk kau.




Waktu itu jam hampir pukul 2 pagi.


Di Pusat Kawalan Operasi (OCC), hanya tinggal dua orang petugas teknikal yang masih bekerja – seorang senior dan seorang lagi yang merupakan pengendali sistem AI untuk memantau sistem rel MRT.

Pada waktu itu, semua tren terakhir sudah sampai ke depot.



Tiba-tiba, satu lampu di skrin sistem menyala:

"Unit 440A – aktif. Status: Dalam perjalanan. Laluan: Cochrane - TRX - Bukit Bintang - …"

Pengendali AI terkejut.

Tak ada tren dijadualkan lalui laluan tu lagi. Semua jadual tamat sebelum 1 pagi.


Dia segera crosscheck:

✅ Tak ada rekod tren bernombor 440A.
✅ Tak ada pemandu berdaftar.
✅ Semua platform sudah dikunci dan kuasa telah dimatikan.



Dan yang paling membingungkan serta menimbulkan rasa seram—

Tak ada penumpang log masuk melalui kad Touch ‘n Go atau sistem biometrik.

Tren tu bergerak sendiri.






Petugas teknikal senior, Encik Rashid, cuba mengakses sistem CCTV secara manual.

Tapi skrin gelap, hitam. Tak ada siaran. Tapi pada satu kamera yang ada di platform Bukit Bintang bawah tanah — tiba-tiba keluar paparan imej rakaman… walaupun sistem dah shutdown.



Rakaman tersebut kabur, berbalam-balam, tapi jelas kelihatan sebuah tren meluncur masuk perlahan-lahan ke platform.
Namun ia kosong. Tiada pemandu.



Tapi… bila pintu tren terbuka, beberapa kelibat sosok tubuh kabur berjalan keluar. Seperti manusia yang keletihan.


Sebahagian darinya hanya menundukkan kepala.
Ada yang berpaut ke dinding.



Dan salah seorang dari mereka — menoleh tepat ke arah kamera.
Matanya kosong. Wajah pucat lesi. Tapi perlahan-lahan mengukir senyuman…
Seolah-olah tahu sedang diperhatikan.




Encik Rashid, yang pernah 20 tahun jaga sistem rel, hanya mampu ulang-ulang cakap:

“Benda ni tak sepatutnya berlaku... tren tu tak pernah wujud… tak pernah dibina… tapi aku cam logo tu — itu logo lama, zaman ujian fasa 0, yang patutnya dah lupus dari sistem sejak 10 tahun lepas.”


Lepas tu dia terus jatuh pengsan akibat tekanan darah naik mendadak.





Esoknya, laporan dimansuh secara dalaman.
Fail diklasifikasi sebagai - Ruang rakaman “rosak”.


Tapi dalam komuniti staf teknikal — mereka yang pernah bertugas waktu “pintu masa” tu terbuka, masih ingat pesanan ni:

“Jangan naik tren yang tak ada nombor di depannya.
Jangan masuk kalau paparan jadual dekat platform terminal tak berfungsi.
Dan kalau kau dah masuk… dan kau rasa suasana terlalu sunyi…
jangan duduk.
Dan jangan pandang muka penumpang lain dalam tren tu.”




Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 




View attachment 915128


Siri Tren Tanpa Jadual: “Lembaga Dalam Gerabak”




Ada satu pasukan penyelenggaraan khas yang kerja waktu malam (graveyard shift).
Bila penumpang terakhir dah turun, pintu terminal dikunci dan semua sistem shutdown perlahan-lahan, mereka ni lah yang merayau dalam rel bawah tanah, buat pemeriksaan struktur, sensor, dan sistem ventilasi.


Amir, salah seorang kru lama – orangnya pendiam dan teliti. Dia pernah jadi tentera dulu. Bila dia kata ada benda tak kena, kawan-kawan dia akan terus dengar.


Suatu malam, mereka kena periksa sistem komunikasi di satu laluan bypass — antara stesen bawah tanah yang lama dan tak aktif, yang kini dijadikan laluan servis sahaja. Laluan ni dah lama tak digunakan, tapi masih wajib diperiksa setiap 6 bulan.


Masa mereka masuk terowong tu, ada 3 gerabak lama tersadai dalam gelap. Takde sambungan elektrik, jadi gelap sepenuhnya. Tapi, dari dalam gerabak paling belakang… ada cahaya samar-samar kekuningan.
Bukan cahaya lampu LED. Macam cahaya mentol lama zaman dulu. Malap. Berkelip-kelip.


Amir tarik nafas dan cakap:

“Korang tunggu sini. Bagi aku check sorang-sorang. Benda ni… aku pernah nampak dulu.”



Kemudian dia mula naik ke atas tren tersebut perlahan-lahan. Lampu helmet dia hanya menyuluh tempat di mana dia hendak melangkah dan berpijak sahaja.


Dalam gerabak pertama — kosong.
Gerabak kedua — kosong.
Gerabak ketiga — dia nampak satu sosok tubuh sedang berdiri. Berpakaian macam orang pejabat. Baju lusuh. Berdiri tegak pandang dinding. Tak bergerak. Tak menoleh.


Amir pun menyapa, “Hello? Encik?”

Tiada sahutan.


Dia cuba buka walkie nak panggil kawan kat luar. Tapi bila dia tekan butang — hanya bunyi statik yang keluar.


Tiba-tiba... tubuh itu menoleh sedikit, cukup untuk nampak mata yang terlalu putih… dan senyum menyeringai yang terlalu lama.



Amir tak tunggu. Dia patah balik, lompat turun, dan terus keluar dari gerabak.



Masa dia sampai semula dekat tempat pasukannya berada — muka diorang semua dah pucat lesi. Seorang dari mereka tunjuk ke belakang Amir.

“Benda tu… ikut masa kau patah balik nak turun tadi.”
“Tapi… dia tak turun dari gerabak.”



Mereka terus batalkan pemeriksaan malam tu dan lapor ‘sistem tidak stabil’. Sejak tu, laluan tu dikunci, dimeterai, dan tak digunakan lagi — atas alasan “struktur tidak selamat.”



Tapi Amir… lepas malam tu, dia terus berhenti kerja.

Dalam log pemeriksaan terakhir dia, cuma ada satu ayat yang pelik:

“Bukan bayang kita yang ikut kita…
Tapi kita yang melangkah masuk ke dunia bayang-bayang mereka.”





Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-



 
Back
Top
Log in Register