BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Jurassic World dianggap mengarut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



LOS ANGELES 12 Jun – Filem yang mengisahkan tentang binatang purba dinosaur, Jurassic World mendapat kecaman daripada ahli paleontologi yang merasakan fakta dan gambaran tentang haiwan itu sebagai mengarut.

Rata-rata kumpulan paleontologi itu mengeluarkan hujah bahawa plot penceritaan dalam filem itu, selain gambaran sebenar tentang haiwan-haiwan gergasi itu telah diubah sesuka hati, selain menyediakan versi baharu tentang bagaimana makhluk hidup dalam era purba dahulu.

Walaupun mereka bersetuju filem Jurassic World telah membantu menanam minat baharu terhadap spesis dinosaur, namun mereka merasakan olahan itu telah menjadikan kajian saintifik tidak benar.

Ahli paleontologi dari Universiti Southampton, Darren Naish mendakwa rupa bentuk dinosaur kononnya hodoh, berkulit keras dan hitam, selain menakutkan itu mungkin tidak benar, sebaliknya binatang purba itu memiliki fizikal lebih gebu serta berwarna terang.

“Filem Jurassic World sangat mengarut, malah gaya penceritaan dan gambarannya tidak benar dengan apa yang kita percaya sebagai betul.

“Terdapat juga usaha yang sengaja memperlihatkan rupa berbeza dengan apa yang kita ketahui tentang haiwan-haiwan ini melalui kajian berpuluh-puluh tahun selama ini,” katanya kepada Sunday Times, baru-baru ini.

Seorang lagi ahli paleontologi, James Kirkland yang sudah terlibat dengan penyelidikan ke atas fosil haiwan gergasi itu selama lebih 20 tahun turut meluahkan rasa kecewa dengan cara pembikinan filem tersebut.

“Filem Jurassic Park sebelum ini juga tidak memberi fakta yang tepat sehingga mengelirukan penonton, kini mereka buat lagi perkara yang sama. Cerita ini tidak sama dengan usaha menggali yang saya lakukan untuk mencari fosil haiwan-haiwan ini,” katanya kepada CBS News.

Sementara itu, saintis yang bertanggungjawab melakukan penyelidikan untuk filem tersebut, Jack Horner berpendapat kritikan daripada ahli paleontologi itu sebenarnya pendapat peribadi dan tidak berdasarkan fakta tepat.
 
Ahli2 paleontologi ni lebih baik tengok National Geographic je lah. Dah memang Hollywood movie cam tu acuannya.
 
Pendapat peribadi sy pula, movie ni 6/10 laa den bagi. Bdk2 suka la tgk.
 
Star Wars dan Transformers tak mengarut pula?

Dah nama pun fiksyen. Adoi!
 
best ke bro cite dia?
 
ada pengarah2 filem sana kisah semua2 tu?...janji boleh buat duit
 
Kalau gambarkan mcm kucing, xde plak elemen 'wow' dia.
Even indominus rex tu pun x lebih dr upgrade skit t-rex.
Abis ganas dh tu kot.
 
pala otak paleontologi serius sgt nape....dah namanya movie, mana ada betul ikut fakta... bukan kisah benar pun movie ni..hidup nak serius je buat stress je...
buat filem sendiri la kalau nak betul ikut sejarah...yg hang duk kaji sejarah dinasor pun belum tentu betul pun..
 
Back
Top
Log in Register