BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jupe meleleh

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Jupe meleleh dengar ucapan Prabowo

Jakarta: Artis dangdut yang tidak lekang daripada kontroversi, Julia Perez, 33, semalam ‘merayu’ kepada Prabowo Subianto, 62, supaya memilihnya sebagai pasangan hidup.


Menggunakan Twitter, Julia yang lebih dikenali sebagai Jupe berkata, hubungannya dengan pemain bola sepak dari Argentina Gaston Castano kini bermasalah. Justeru, dia mengalih perhatian kepada calon presiden dari Parti Gerindra itu untuk menumpang kasih.


“Wahai Pak Prabowo, Jupe sedia dilamar oleh kamu pada bila-bila masa. Kamu mahu jadi presiden dan memerlukan seorang isteri. Jupe bersedia,” tulis Jupe dalam Twitter menggunakan akaun @juliaperrez.


Namun, ketika dihubungi media semalam, Jupe berkata, semua orang tahu dia sudah tidak mempunyai kekasih.


Justeru, katanya, dia menghantar mesej itu supaya Prabowo tidak terlampau tertekan dengan kempen pemilihan Julai nanti.


Jupe juga mengakui begitu tertarik sehingga ‘meleleh’ apabila mendengar pidato Prabowo. Di sebalik usikannya itu, Prabowo sempat membalas dengan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Jupe: “Terima kasih untuk sokongan kamu selama ini, mbak @juliaperrez.” - Agensi

Julia+Perez.jpg

Foto
JULIA Perez


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JupemelelehdengarucapanPrabowo/Article/index_html
 
mbak tu bukan makcik ke? dalam baik nko kena kan kawan tu ek. i like!
 
ada pompuan lawa gincu merah menyala..contoh kamelia

Xsemua pompuan blh pakai gincu merah menyala

Tgk warna kulit gak...

 
nyesal bukak thread ni
harap tajuk je gempak
ceissss
 
Back
Top
Log in Register