BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jumpa sami hindu..??

First. Kita selesaikan pasal masalah saudara tuh.

1. cari air zam-zam (lagi afdal), kalau takda air mineral. bacakan selawat nabi 3 kali dengan betul dan YAKIN. Bagi dia minum setiap hari.
Penerangan: Dengan cara ini, jin di badan kurang senang berada, tambahan pula kalau adanya air zam-zam.
2. Si pesakit, perlulah kental solat dan berdoa. Selepas solat, zikirkan "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntuminazzolimin, la haulawala quatta billa hil a'li yil a'zim".
Penerangan: Dengan cara ini dapat menjauhkan gangguan jin. Lagi banyak zikir, lebih banyak kesannya. Hanya boleh dinampak pada mereka yang terbuka mata batinnya.
3. Sekiranya kawan di rasuk, kalau berani dan yakin diri berserah sebulat2nya pada Allah. Cuba kenalpasti samada ianya jin sesaja rasuk, syirik, asyik, atau saka. Caranya genggam ibujari kaki, atau pegang perut, atau lehernya, kemudian berdoa sekiranya jin tersebut menipu, maka tangan ko akan membakar tempat yang dipegang. Ingat, serah bulat2 pada Nya, dan Yakin.
Penerangan: Teknik nie akan membuatkan jin tersebut terbakar, tetapi tidak mati sekiranya ia menipu, dan sekiranya doa ko dimakbulkan. Jangan fikir samada doa korang akan dimakbulkan atau tak. Jika timbul ragu2, itu adalah bisikan setan. Sekiranya kawan tuh terkena jin syirik, saka, atau asyik, bawa pergi berjumpa muallij (perawat Islam) sebab kes sebegitu agak kental nak di handle.
4. Sekiranya kawan tadi dirasuk dan banyak putar belit, seksa dia dengan mencari satu piring atau pinggan putih. Tuliskan kalimah Alif Lam Lam Ha secara tidak bersambung. Isikan dengan air. Baca bismillah, basahkan tangan dan renjiskan padanya dengan menyebut Allahu Akhbar.
Penerangan: Teknik nie akan membuatkan seperti jin di dalam badan bagai dilanggar oleh sesuatu yang sangat besar.
5. Sekiranya ianya adalah jin gangguan biasa, means suka suka. Dakwahkan dia mengengai Islam. Nyatakan bahawa Islam itu indah dan dia melihat sendiri akan kekuasaan Allah di alamnya. Tawarkan dia Islam. Suruh dia mengucap 2 kalimahsahadah. Kemudian buat dia berjanji "Aku berjanji tidak akan mengganggu juga merasuk keturunan Adam mulai sekarang. Sekiranya aku melanggar, maka aku akan di lakhnat oleh keturunan adam, juga para malaikat". Ajarkan dia bacaan yasin untuk perlindungan diri dari ia diganggu jin lain, dan suruhlah dia bersama kelompok jin Islam yang berada di serambi madinah, salah satunya (kalau tak silap, nama sebenarnya adalah sekitar kawasan PJ). kemudian suruh dia keluar. Selepas itu, bagi kawan tadi minum air selawat nabi. Jika dia taknak, lakukan teknik 4 dengan alasan bahawa ia mempermainkan janji tadi. kemudian lakukan teknik 6 untuk di hantar ke muallij, untuk di sembelih. Ada juga jin yang tak berani memeluk islam atau berjanji, ini kerana ada jin di sekitar yang sedang supervis. Jika berlaku begitu, berdoalah agak jin supervisor tersebut tidak nampak dan lihat akan jin ini.
Penerangan: Walaupun ianya adalah jin, ia tetap makhluk Allah. Maka, Islamkan lah ia sebelum melakukan perkara lebih dasyat, iaitu siksa dan bunuh.
6. Sekiranya kawan tadi dirasuk dan aggrasif ketika hendak di hantar ke muallij, ambil air mineral, bacakan selawat nabi 3 kali dengan betul dan YAKIN. kemudian tuang di tangan, sapukan di mukanya sambil berkata "Tenanglah dikau sepertimana aku tenang". Ko pun kena tenang, jangan panic dan sebagainya.
Penerangan: teknik nie akan menidurkan jin seketika

Harap cara diatas dapat membantu, dan itu semua adalah dari pengalaman dan apa yang muallij pernah mengajar aku dulu ketika merawat seorang kenalan aku.

Mengenai Syirik
Sangat2 lah berdosa, bertaubat la walaupun alasan "ala... cuma nak pergi berubat". Secara sedar atau tak ia sudah menjadi syirik besar, dan samalah seperti kita buat tuju-tuju pada orang.

kesan syirik di alam ghaib. orang yang melakukan syirik, tidak mendapat perlindungan dari Nya, seperti seorang kenalan aku, aku dan dia dipagarwalikan seluas separuh masjid shah alam, tapi jin masih boleh masuk ke badan dia. Punca, dia pernah buat syirik. Buang tangkal tuh.

Wallah ualam
 
Bagi yang telah melakukan syirik, elok rasanya berdoa meminta kemaafan dari Nya setiap kali selesai solat, Lagi afdal lakukan umrah.
 
pengalaman kawan adik saya

dorg beli rumah dari orang agama tu. tapi sejak awal masuk, anak kawan adik ni asal maghrib membawa ke pagi akan menangis, dan mata akan terarah ke satu dinding semata.

macam2 cara dah buat, macam macam ust, tapi tak selesai. satu hari tu ada kawan suh panggil tok sami settlekan sebab anaktu jadi sawan teruk. nak tak nak, sami datang. selepas dia berpusing satu rumah tu, dia suh pecahkan dinding tempat anak kawan ni suka perati. rupanya dalam tu tertanam patung. tok sami tu kata, patung tu penjaga rumah tu. tapi sebab kita islam, mende tu berlawan ngan jin islam & budak ni nampak, baby kan...(actually setan sebenonye)

lepas tok sami tu angkut patung tu bawak balik baru anak tu ok.

cam kes allahyarham atuk saya pun camtu juga. g pecahkan patung buddha sebab geram tengok bersepah2 depa buat kuil suka suki.berubat ngan depa juga baru ok.cuma hingga ke akhir hayat rupa atuk saya masih tak berubah. katanya kenan dari patung tu.

sama ada syikrik atau tak, saya pun takut nak nyatakan. cuma yang boleh kata, itu usaha terakhir selepas semua cara ngan ust2 tak dapat nak selesaikan.
 
pasal masalah nurkamar,

Sebenarnya, ustad dan muallij adalah berlainan. Ustad tidak mempunyai kepakaran merawat. Ustad kebiasaannya lebih ke arah rutin kehidupan iaitu amalan. Seperti muallij, agak sedikit berbeza dimana mereka mempunyai kepakaran merawat, dari kehendak Nya.

Harap jelas diantara perbezaan ustad common dengan muallij (ustad perawat).

Cara sami tuh, betul. Dia cuma mintak pecahkan dinding kerana ada benda dalam tuh. kemudian sami tuh bawak benda tuh keluar. Kalau macam nie, takde masalah. Melainkan tetiba sami tuh suruh pasang colok, berikan ayam golek kat busut, pakai tangkal.. then jatuh syirik. Walaupun begitu, tetap ada satu garis halus yang perlu di perhatikan agar tidak jatuh syirik. Jangan menganggap sami tuh hebat dengan dapat menyelesaikan masalah tuh.

Nie rujukan bacaan tambahan bagi yang berminat perihal makhluk tersebut.
http://www.i-gen.ebaseworks.com/pg/blog/alfirus/read/1183/susuk
http://www.i-gen.ebaseworks.com/pg/blog/alfirus/read/2164/takut-hantu
http://www.i-gen.ebaseworks.com/pg/blog/alfirus/read/2767/takut-hantu-part-2
 
pakai jin jugak...hahaha...kejap je tu nanti datang balik lah jin hindu tu...siap tangkal-tangkal...syirik loh...
 
Sebut "pakai jin jugak"

Teringin nak ulas pada mereka yang dah biasa dengan perkara paranormal nie.

Bomoh, menggunakan khadam. Sama kes dengan Sami, dan ada juga yang tidak, jika Allah nak. Tapi mostly menggunakan khadam. Khadam adalah jin yang dibawah penguasaan bomoh tersebut, atau sebaliknya.

Ada juga perawat Islam menggunakan khidmat jin. Tapi bukanlah menggunakan 100 khidmat dia. Perbezaannya dengan bomoh, dimana perawat Islam itu tidak membuat sebarang perjanjian, dan jika jin itu ingin menolong, tolong kerana Allah.

Example, ada perawat Islam yang mampu mengubat, tapi tidak dapat melihat. So jin yang ingin membantu kerana Allah, meminjamkan penglihatannya kepada perawat Islam tersebut. Kabanyakan perawat Islam sebegini ramai. Mereka ada yang boleh melihat, tapi tau cara mengubati, ada juga sebaliknya. Tapi kebanyakan perawat Islam yang mempunyai keterbatasan sebegini cuba sedaya upaya mengelakan penggunaan jin.

Ada juga perawat yang tidak memerlukan langsung khidmat jin. Orang sebegini kebiasaannya berserah bulat2 diri kepada Allah. Orang sebegini mungkin pernah mengalami makrifat atau mempunyai pengalaman yang banyak, juga seudah pasti, atas kehendak Dia.
 
owh lupe pulak,
sebelum aku nak minta maaf kepada sesiapa
yang terasa di sini..aku tiada niat untuk
mengata,membruk2kan atau memperkecilkan sesiapa...

Lain kali pesan ngan sedara encik "Kepala otak hangpa lah , kalau cam tu kena jin kristian jumpa paderi lah yer??"

Allah cipta SEGALA penawar penyakit dalam amal agama
.

Nie lah namanya b*doh! lepas tu kalau sembuh?? pakat2 masuk hindu??

Skang nieh bukan isu darurat , banyak alternatif lain ada . Bomoh melayu pun bukan skit , banyak .

Kat Wangsa Maju ada sorang ustaz boleh ubatkan .
 
pengalaman kawan adik saya

dorg beli rumah dari orang agama tu. tapi sejak awal masuk, anak kawan adik ni asal maghrib membawa ke pagi akan menangis, dan mata akan terarah ke satu dinding semata.

macam2 cara dah buat, macam macam ust, tapi tak selesai. satu hari tu ada kawan suh panggil tok sami settlekan sebab anaktu jadi sawan teruk. nak tak nak, sami datang. selepas dia berpusing satu rumah tu, dia suh pecahkan dinding tempat anak kawan ni suka perati. rupanya dalam tu tertanam patung. tok sami tu kata, patung tu penjaga rumah tu. tapi sebab kita islam, mende tu berlawan ngan jin islam & budak ni nampak, baby kan...(actually setan sebenonye)

lepas tok sami tu angkut patung tu bawak balik baru anak tu ok.

cam kes allahyarham atuk saya pun camtu juga. g pecahkan patung buddha sebab geram tengok bersepah2 depa buat kuil suka suki.berubat ngan depa juga baru ok.cuma hingga ke akhir hayat rupa atuk saya masih tak berubah. katanya kenan dari patung tu.

sama ada syikrik atau tak, saya pun takut nak nyatakan. cuma yang boleh kata, itu usaha terakhir selepas semua cara ngan ust2 tak dapat nak selesaikan.

Ambil wuduk , baca manzil pada air dan selepas habis baca tiup pada air . Bagi mandi dan minum kat pesakit .

(NOTA kepada wahabi : saya tidak ada hujah hadis untuk anda)
 
Back
Top
Log in Register