BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jumpa sami hindu..??

bang,
kat kawasan rumah sye byk pokok pisang.
dorang selalu dtg nak beli pokok nak wat semayang.
saya pun jual lah.
skali ade 1 orang tua bg tau,haram jual sumthing yg boleh membantu dorg ni untuk berhala..
saya pun xsure..
kalau ikut logik,btul jugak,dari sudut hukum saya xtau...
 
bang,
kat kawasan rumah sye byk pokok pisang.
dorang selalu dtg nak beli pokok nak wat semayang.
saya pun jual lah.
skali ade 1 orang tua bg tau,haram jual sumthing yg boleh membantu dorg ni untuk berhala..
saya pun xsure..
kalau ikut logik,btul jugak,dari sudut hukum saya xtau...

same la hukumnya macam ko jual
kerbau pendek kat orang2 yang makan..hmm..
 
Sesungguhnya syaitan sentiasa mencari peluang utk menyesatkan anak adam..
Bro, hentikan berubat dgn sami Hindu atau sesiapa yg diragui cara pengubatannya terutama melibatkan mentera dan tangkal yg jelas mensyirikkan Allah..

apa pun nasihatkan kpd mereka yg terlibat supaya bertaubat, cubalah berubat cthnya d Darus Syifa.. atau mereka yg berkebolehan menghalau jin & syaitan laknatuLLah..
 
issh2...byk lg kaedah rawatan dalam islam..nak juga minta tolong hindu..dah terang2 ajaran hindu dengan Islam jauh bezanya...kalo nak kira..guna tangkal dan bergantung kpd tangkal tersebut dah jatuh syirik hukum nya...
 
ni aku copy paste dari blog untuk rujukan bersama...

"Tidak ada satu penyakit yang tiada ubatnya, bahkan manusia dituntut berikhtiar mencari penawar penyakit. Berubat mungkin boleh melalui ubat moden atau tradisional yang menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai penawar.

Tidak dapat dinafikan, sesetengah penyakit ada kaitan dengan perkara dalaman yang tidak dapat diubati secara moden. Semua kaedah yang digunakan ialah sebagai ikhtiar untuk mencari kesembuhan.

Mengubati pesakit dengan menggunakan bahan dan barang yang haram adalah diharamkan, termasuk yang diharamkan ialah tangkal. Ada sebahagian daripada mereka yang menggunakan khidmat makhluk Allah yang lain seperti bunian atau jin atas alasan memohon bantuan daripada seorang ‘kawan’.

Muzakarah jawatankuasa fatwa yang ke-39 membuat keputusan bahawa bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam rawatan perubatan sehingga membawa syirik adalah haram.

Begitu juga meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram hukumnya.

Apapun, perubatan yang bertujuan membalas dendam dan menimbulkan khurafat adalah bercanggah dengan tuntutan agama. Jika si perawat memohon kepada Allah dan cara perubatan tidak bercanggah, hukumnya harus untuk berubat dengannya.

Namun, jika kaedahnya bukan begitu, kita hendaklah berhati-hati kerana bimbang khidmat bomoh atau jin atau bunian adalah berbentuk ilmu sihir dan nujum yang haram hukumnya."


sumber
 
Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal

Dihantar Oleh : abrar

"Oleh Cyber Moslem Salafy

TANYA :

Kami sering menyaksikan beberapa kaum Muslimin mendatangi para normal atau dukun untuk meminta penyembuhan dari sakit atau menunjukkan barang-barang mereka yang hilang dan menunjukkan orang yang mengambilnya. Kadangkala mereka mendatangi tukang-tukang sihir, meminta kepada mereka agar memisahkan sepasang suami isteri atau meminta hal-hal lainnya. Apakah perbuatan seperti ini dibolehkan syariat? Kami mohon agar dijelaskan dengan dalil-dalilnya !

JAWAB :

Perbuatan semacam itu menunjukkan keb.odohanan pelakunya tentang tauhid sebab barang siapa yang menegakkan nilai-nilai tauhid, maka hatinya akan bergantung kepada Allah. Jika sakit, ia akan berdoa kepada-Nya sebagaimana firman Allah swt :

Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkannya. (As Syu`ara : 80)

Kemudian ia mencari pengubatan yang dibolehkan dalam syariat. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda :

Tiadalah Allah menurunkan sebuah penyakit kecuali Allah menurunkan ubat penawarnya. (HR. Bukhari dari Abu Darda` dan lainnya)

Dalam riwayat lain disebutkan

Dan janganlah kamu berubat dengan perkara yang haram

dalam riwayat lain berbunyi :

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan perkara haram sebagai ubat. (Lihat di dalam Silsilah hadis Shahih No 1633 dan 2881)

Para normal adalah orang-orang yang mengaku mengetahui perkara yang ghaib (ilmu ghaib), biasanya disebut `arraf, iatu tukang-tukang ramal atau tukang sihir. Mereka mempergunakan kerikil-kerikil, garis-garis di tanah atau paha kambing atau biri-biri yang telah dimakan sebagai alat meramal. Masyarakat umum, biasanya membezakan antara tukang ramal dengan dukun.


rujukan: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/23
 
An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh
 
berubat dengan sesaper pun xda salahnya asalkan tidak melanggar hukum kita sebagai umat islam....kalau berubat dengan orang islam tapi menggunakan kaedah yang terlarang pun jadi salah gak sebab dah melanggar hukum allah..

tapi kalau da berubat dengan tok sami hindu tu aku rasa da memang x betul la tuh...mesti dia akan sembah patung dia untuk minta ubat...
 
guna sihir utk lawan sihir? baik jangan buat..

boleh ikhtiar jumpa Ustaz Harun Din, hari selasa pagi. Tapi kena ambik no sebelum subuh lagi kat darussyifa' bangi.

mudahan2 kita semua diberi rahmat oleh Allah SWT. Amin..
 
assalamualaikum kawan-kawan...
aku ada kemusykilan nak dikongsi ni..

macam ni,kazen aku ni,die ni kene sampuk dengan jin..
so bile dah cek2 semua,disahkan lah jin yang sampuk tu jin hindu..
hari tu ade la g berubat,tapi tukang ubat tu cakap la,
badan dan semangat kazen aku ni lemah,jadi memang takleh nak buang terus..
katanya kene amik masa sket,kazen aku kene kuatkan semangat die lah..aku pun tak paham macam mana..

tetiba pulak de sorang makcik aku bagi idea,
kalau kene sampuk dengan jin hindu,jadi kene jumpa sami hindu lah..
makcik2 aku yang lain ni pun dengan tak pk panjang nye terus "jom"

terus diorang ajak g kuil hindu,nak jumpa tok sami,dan diorang dah jumpa pun..
then tok sami tu pesan,esoknye datang lagi,ambil tangkal,supaya jin tu
tak kacau lagi...

Persoalannya dekat sini, bolehkah kita sebagai orang islam,
yang telah yakin dengan hati,tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan semua mahluk adalah ciptaan-Nya,
pergi berjumpa dengan sami hindu dengan tujuan untuk berubat.??
ape takde ke tok tok imam kita yang mampu buatkan???
bukan ape,aku ni risau,kalau,bende2 macam ni boleh jatuh hukum
syirik..
sebab pada aku,memang dah jatuh hukum syirik pun,sebab bile jumpa
sami hindu,dengan secara tak langsung dah mintak tolong jin diorang jugak,
walhal kita sebagai umat islam,haruslah kita meminta tolong kepada-Nya,
dan mereka yang tolong mengubati tu adalah perantaraNya sahaja..
tapi kalau jumpe dengan tok sami,itu dah hal lain..

hmm..walaupun aku yakin,syirik kalau pergi jumpe tok sami tu...

makcik tk seledik dulu ke kat kwsan berhampiran ada ustaz2 yg boleh tlg?:-?

lari akidah ni kang...~X(
 
Back
Top
Log in Register