BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa bangkai tikus dalam sup

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
13hmhotpot.jpg.transformed.jpg

BANGKAI tikus yang dijumpai dalam sup.

Gaoping (China): Sebuah restoran stimbot di sini dikecam selepas gambar bangkai seekor tikus yang ditemui di dalam sup seorang pelanggan tersebar melalui aplikasi WeChat sejak Isnin lalu.

Pelanggan itu memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen: “Saya tidak akan makan di restoran Wangqingshui lagi! Tak sangka perkara ini berlaku kepada saya.”

Pengurus restoran itu, Ge Qing mengesahkan ketulenan gambar terbabit.

Katanya, dia membayar sebanyak 20,000 yuan (RM11,800) kepada pelanggan itu sebagai pampasan dan menawarkan makanan percuma.

“Kami menjalankan penghapusan tikus secara rutin. Saya tidak tahu bagaimana bangkai haiwan itu boleh berada dalam sup berkenaan,” katanya.

Seorang pelayan, He Liping berkata, dia menghidangkan makanan itu kepada empat pelanggan di restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan).

“Bangkai tikus itu saya cedok dari dasar sup selepas saya memasukkan ikan todak di dalamnya,” katanya.

Penyiasat dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan memberitahu, Qing tidak segera melaporkan penemuan itu kerana menyangka perkara berkenaan boleh diselesaikan dengan wang.- Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36538#sthash.hO5sXTdK.dpuf
 
ingatkan kat Gopeng..sebutan tu dah dekat2 dah..:p
 
Nasib baik kt China.. Kt sini blm ada lagi.. Haha..
 
untungla klo kt sini tauke kedai nk byr 11ribu
 
free gift tu....ambik ajer la...buat2 malu pulak puak2 pengotor ni
 
aku ingt berlaku kat malaysia..rupenye kat china.
ini pon masuk paper ke?ptutnya dorg makan je tayah kecoh2.
brita ni mcm tak relevan klu kat sn
 
Back
Top
Log in Register