BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Judi Internet tidak serik

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SHAH ALAM: Tidak serik. Itu yang boleh digambarkan apabila beberapa premis judi Internet haram di Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, di sini, masih rancak beroperasi walaupun beberapa premis di kawasan berkenaan sudah diserbu pihak berkuasa dan polis awal bulan lalu.

Selain aduan, lebih 20 premis judi di dua kawasan itu diserbu, namun premis terbabit masih beroperasi seolah-olah aktiviti mereka tidak menyalahi undang-undang.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Azri, 27, berkata dia kecewa kerana kegiatan itu berleluasa walaupun aduan kerap dibuat kepada pihak bertanggungjawab.

Katanya, pemilik tidak takut undang-undang dan meneruskan operasi tidak bermoral itu walaupun terdapat beberapa premis di kawasan sama diserbu pada 9 Mac lalu.

“Saya menetap di sini hampir setahun. Pusat judi komputer tumbuh seperti cendawan selepas hujan, terutama di Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana.

“Ada antara premis terbabit menyembunyikan kegiatan mereka dengan menyediakan pintu rahsia untuk pelanggan masuk,” katanya.

Menurutnya, sekali pandang, keadaan premis terbabit seperti tidak berpenghuni berikutan pintu di hadapan dikunci dan pelanggan masuk perlu melalui pintu rahsia yang dibuat di tepi premis.

Harian Metro, awal Mac lalu melaporkan dua premis di kawasan itu diserbu pihak berkuasa dan dua lelaki dipercayai penjaga premis ditahan manakala 30 mesin judi berkomputer dirampas.
 
permintaan yang tinggi...
 
ramai sangat yang nak berjudi.. semua ketagih judi mana taknya tempat judi ni hidup balik
 
ada customer mesti bukak punya.....
 
masalah spt ini nt ada wakil politik tampil memberi cadangan supaya memberikan lesen kepada premis berkenaan maka selesailah masalah pusat judi haram
 
Back
Top
Log in Register