BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual tapak bazar

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Jual tapak bazar

KUALA LUMPUR: 13 pemilik tapak Bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman, bakal berdepan tindakan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas dikenal pasti menjual tapak mereka kepada sindiket.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mereka ini berkemungkinan turut boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tindakan itu juga dilabelkan sebagai rasuah.

Katanya, tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini jelas sekali menjejaskan imej peniaga yang benar-benar memohon untuk menjalankan perniagaan dan DBKL akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

Menurutnya, DBKL sentiasa memantau dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak menyenarai hitam pemilik terbabit serta mengarahkan mereka mengosongkan tapak mereka dengan serta merta.

“Mereka ini sangat tidak bertanggungjawab dan tindakan mereka ini jelas sekali melanggar akujanji yang ditetapkan DBKL. SPRM juga sudah mengadakan perbincangan untuk turut mengambil tindakan kepada mereka ini.

“Kita tidak akan berkompromi serta bertolak ansur dalam isu seperti ini kerana ia membabitkan isu periuk nasi peniaga dan setiap pengeluaran lesen tapak oleh DBKL turut mendapat pemantauan daripada SPRM.

“DBKL akan terus mengadakan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan tiada pemilik yang menjual tapak mereka kepada sindiket,” katanya selepas merasmikan Program Ihya’ Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Masjid Al - Ikhlasiah, Pantai Dalam, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah AADK, Puan Sri Zuraidah Mohamed dan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Rahman Hamid.

Dalam majlis itu, seramai 30 kanak-kanak kurang berkemampuan di sekitar Pantai Dalam diraikan serta menerima sumbangan daripada AADK.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jualtapakbazar/Article/index_html
 
hai takan DBKL tak tahu lagi, benda ni dah lama berlaku... selalu yg menang tapak ni bukan perniaga tetapi geng2 runner DBKL gak... pastu jual tapak. ambik untung atas angin je..
 
Last edited:
Tiada lagi bazar perayaan popular di KL

Sah! Tiada lagi bazar perayaan di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk menghentikan bazar perayaan selepas beberapa isu tidak diselesaikan bertahun-tahun lamanya.

"Kami tidak akan membenarkan lagi bazar Ramadan atau Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya.

"Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin," katanya.

Bazar Ramadan yang mula diwujudkan pada 2003 dengan kira-kira 100 gerai beroperasi buat kali terakhir tahun ini selepas pendedahan mengenai wujud amalan menggunakan orang tengah untuk mendapatkan kelulusan tapak bazar atau gerai meskipun pelbagai usaha dilakukan DBKL untuk menghentikannya.

"Kira-kira lima tahun lalu, kami memutuskan bahawa peniaga mesti memohon terus dengan DBKL dan tapak bazar diagihkan dengan proses undi.

"Namun tanpa persatuan mengawasi bazar, pengurusan gerai tidak mementingkan aspek kebersihan," kata Amin Nordin.

Beliau berkata sepanjang tempoh bazar dibuka, seluruh kawasan amat kotor dengan sampah sarap dibuang di merata-rata dan gerai 'haram' turut beroperasi.

"Berlaku satu insiden di mana salah seorang daripada pegawai penguatkuasaan kami disimbah dengan minyak panas semasa melakukan rondaan.

"Pemilih perniagaan juga mengadu hilang pendapatan disebabkan gerai yang menghalang orang masuk ke kedai mereka.

"Lagipun barangan yang dijual di gerai boleh dibeli dari kedai berdekatan. Jadi tidak perlu ke bazar," katanya.

Ketika ditanya mengenai nasib pasar malam setiap Sabtu di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Amin Nordin berkata ia akan dikekalkan.
 
betul2 malaysia baru
tahniah
petaling street jugak masih malaysia lama
sampai skrg tak scrap2 lagi:)paid
 
betul2 malaysia baru
tahniah
petaling street jugak masih malaysia lama
sampai skrg tak scrap2 lagi:)paid

jangan sentuh petaling street nanti ada orang marah panggil kita rasis pulak
 
Ooo..nape x naik taraf je tmpt tu mcm petaling street?
 
banyak sangat gerai jualan bila tiba dekat raya....

kena kawal sebenarnya jumlah gerai jualan..ini berlambak2 pacak..
 
Henti bazar Jalan TAR, Masjid India adalah muktamad

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kekal dengan keputusan menghentikan penganjuran bazar Ramadan dan Deepavali di kawasan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mulai tahun depan meskipun menerima bantahan ramai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, penganjuran bazar berkenaan di lokasi tersebut selama ini bukannya bersifat tetap dan pihaknya menerima sokongan daripada pemilik-pemilik premis di situ.

Menurutnya, langkah itu juga terpaksa diambil berikutan terlalu banyak aduan yang timbul di kawasan berkenaan termasuklah isu sampah-sarap dan halangan-halangan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Sebelum ini, bazar ini diuruskan oleh persatuan-persatuan dan ia jadi tidak teratur. Sama juga bila kita (DBKL) cabut undi bersama peniaga dengan penyelarasan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia pun masih wujud masalah kebersihan dan halangan-halangan serta bantahan daripada pemilik kedai di jalan itu.

“Bila 10 Ramadan terakhir pula, semua penjaja haram telah kuasai kawasan tu hingga berlaku pergaduhan antara penguatkuasa DBKL dan orang ramai. Ini menyusahkan semua pihak,“ katanya ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri DBKL di sini hari ini.

Beliau berkata, penjaja boleh mencari lokasi ganti di tapak bazar lain sekitar ibu negara untuk terus beroperasi sempena Ramadan akan datang.

"Setiap parlimen sekurang-kurangnya ada dua tapak bazar. Sudah ramai penganjur sekitar Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya dua bazar di setiap parlimen

"Jadi penjaja-penjaja ini perlu mencari lokasi sesuai dan berbincang dengan penganjur atau dengan ahli parlimen sama ada dibenarkan atau tidak. Sekarang kita dengar suara rakyat dan ahli parlimen," katanya.

Bazar yang juga dikenali sebagai bazar Masjid India itu mula dibuka sekitar tahun 2003 bermula dengan 100 lot tapak dan kini mempunyai sehingga 300 lot tapak.

Terdahulu, Ketua kawasan cawangan Masjid India Persatuan peniaga dan penjaja bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), Mek Zainab Man, mengadakan sidang media memohon ruang perbincangan bersama DBKL berhubung perkara tersebut.

"Saya sangat terkilan apabila setiap kali ingin menemui Datuk Bandar, pelbagai alasan diberi.

"DBKL sepatutnya dengar rintihan dan keluhan penjaja. Adakah mereka tahu penutupan bazar itu memberi kesan yang sangat besar pada ekonomi kami," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/henti-bazar-jalan-tar-masjid-india-muktamad-1.850057
 
Back
Top
Log in Register