BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual senjata api menerusi Facebook

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas

yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini. - Bernama
 
segalanya mudah dan murah
terbaik facebook
 
kalau menyerupai.....tak lain tak buukan....airsoft mya produk la...
 
kadar jenayah sudah turun... jenayah malaysia masih rendah berbanding negara jiran.... hahahahaha... kot2 menteri nak jawap camtu nnt...
 
Back
Top
Log in Register