The Maut
Super Active Member
- Messages
- 8,335
- Joined
- Jul 19, 2019
- Messages
- 8,335
- Reaction score
- 175
- Points
- 83
FOTO hiasan
PEMEGANG saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.
Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Redzuan berkata, setakat ini pihaknya menolak semua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing mahu pun tempatan.
“Banyak tawaran yang kami terima daripada pelbagai pihak. Namun, jawapan kami kepada mereka sangat mudah. Kami tidak berminat untuk menjual,” katanya dalam temu bual dengan TV3 yang disiarkan malam tadi.
Menurutnya, pihak terbabit turut berhasrat membeli PLUS pada harga jauh lebih rendah daripada nilai sebenar selain mahu membayar harga substandard kepada Khazanah dan menggunakan perbezaan harga pembayaran dan nilai sebenar sebagai diskaun tol kepada rakyat.
“Kalau nak beli (sebarang aset) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Khazanah, anda perlu menawarkan harga pasaran lebih wajar. Selepas itu kalau nak beri diskaun…itu daripada keuntungan anda, bukan daripada kami,” katanya.
Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya dimiliki KWSP susulan pengambilalihan pada 2011 dengan nilai transaksi RM32 bilion.
Beliau berkata, sebagai cabang pelaburan kerajaan, Khazanah akan memastikan bahawa aset strategik seperti PLUS tidak dijual kepada pihak atau individu yang berkemungkinan mahu meraih keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
“Kalau PLUS menerima keuntungan, keuntungan PLUS kembali kepada kerajaan melalui Khazanah atau kepada rakyat melalui KWSP.
“Jadi, jika anda membenarkan pihak swasta mengambil alih PLUS dan pihak tersebut meraih keuntungan tinggi, rakyat tidak akan gembira,” katanya.
Jual PLUS? Maaf kami tak berminat... | Harian Metro
PEMEGANG saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.
Ada kekangan untuk jual Plus
7 October 2019
![]()
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (kanan) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OKTOBER 2019
KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengkaji sebarang bidaan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang berminat untuk membeli Plus Malaysia Berhad.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ada bidaan yang sesuai dengan kehendak kerajaan, ia akan dilayan.
“Kita boleh jual tetapi kita pun kena ada tempat, ada constraint (kekangan) di situ,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.
Kenyataan itu dibuat selepas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan menegaskan pihaknya tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.
Sayap pelaburan itu telah pun menolak semua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing mahu pun tempatan.
Untuk rekod, Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam Plus manakala bakinya dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Beberapa syarikat telah menyatakan minat untuk membeli Plus termasuk RRJ Capital, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang menawarkan RM3 bilion untuk mengambil alih 100 peratus kepentingan syarikat konsesi lebuh raya itu.
Ditanya mengenai pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Dr Mahathir berkata, kenyataan yang dibuat pada Khamis lalu dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Presiden PH.
Dr Mahathir berkata, beliau hanya menjawab pertanyaan media mengenai usul Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mahu kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.
“Kita tidak lakukan perbincangan itu lagi, saya ditanya oleh media dan saya jawab.
“Kalau timbul permintaan daripada rakyat, kita sensitif kepada kehendak rakyat, kita akan kaji. Tapi tidak ada kajian yang dibuat pada waktu ini. Masa saya menjawab itu belum ada persidangan Majlis Presiden,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
![]()
Ada kekangan untuk jual Plus
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ada bidaan yang sesuai dengan kehendak kerajaan, ia akan dilayan.malaysiagazette.com
Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza
KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.
Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Redzuan, berkata setakat ini pihaknya menolak kesemua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing mahu pun tempatan.
“Banyak tawaran yang kami terima daripada pelbagai pihak. Namun, jawapan kami kepada mereka sangat mudah.
“Kami tidak berminat untuk menjual,” katanya dalam temu bual dengan TV3 yang disiarkan malam ini.
Beliau berkata, pihak terbabit turut berhasrat membeli PLUS pada harga jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, selain mahu membayar harga substandard kepada Khazanah, dan menggunakan perbezaan harga pembayaran dan nilai sebenar sebagai diskaun tol kepada rakyat.
“Kalau nak beli (sebarang aset) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Khazanah, anda perlu menawarkan harga pasaran yang lebih wajar.
“Selepas itu kalau nak beri diskaun, itu daripada keuntungan anda, bukan daripada kami,” katanya.
Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya dimiliki KWSP susulan pengambilalihan pada 2011 dengan nilai transaksi RM32 bilion.
Shahril Ridza berkata, sebagai cabang pelaburan kerajaan, Khazanah akan memastikan bahawa aset strategik seperti PLUS tidak dijual kepada pihak atau individu yang berkemungkinan mahu meraih keuntungan semata-mata, tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
“Kalau PLUS menerima keuntungan, keuntungan PLUS kembali kepada kerajaan melalui Khazanah atau kepada rakyat melalui KWSP.
“Jadi, jika anda membenarkan pihak swasta mengambil alih PLUS dan pihak tersebut meraih keuntungan yang tinggi, rakyat tidak akan gembira,” katanya. – BERNAMA
![]()
Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.www.bharian.com.my
