balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan program Kafe Rakyat 1Malaysia (KFR1M) yang menawarkan menu pada harga yang murah di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Sebagai permulaan, KFR1M dilaksanakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, KFR1M merupakan hasil inisiatif pihak swasta bersama kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup mahasiswa di kampus.
"Melalui program ini, 90 peratus jualan makanan dan minuman ditawarkan secara pakej iaitu sarapan pagi dengan harga RM2 bagi 18 pilihan makanan.
"Kafe ini turut menawarkan makan tengah hari dan malam dengan 30 pilihan makanan yang terdiri daripada lapan jenis masakan sayur, 12 jenis masakan ayam dan 10 jenis masakan ikan dengan harga RM4," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan KFR1M di UMP Kampus Gambang di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm