BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual laksa, bihun sup cuma RM1

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_08.1.jpg


MOHD. NAZERI menunjukkan beberapa menu yang dijual pada harga serendah RM1 di premisnya di Warung Menu Sejahtera di Jalan Industri Darul Aman 1, Jitra semalam.

JITRA – Ketika ramai peniaga makanan di negara ini mengeluh dan terpaksa menaikkan harga, seorang usahawan di Jalan Industri Darul Aman 1 di sini masih mampu menawarkan pelbagai hidangan pada harga serendah RM1 sahaja.

Dikenali dengan nama Warung Menu Sejahtera, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menikmati semangkuk laksa, mi dan bihun sup, air batu campur, laici kang dan cendol.

Bagi penggemar nasi ayam, ia dijual pada harga RM2 sepinggan manakala minuman pula dijual antara 80 sen hingga RM1.50.

Pemiliknya, Mohd. Nazeri Hashim, 45, berkata, sejak bero*perasi lima bulan lalu, warungnya sering menjadi tumpuan orang ramai terutama para pelajar di institut pengajian tinggi tempatan yang terletak berhampiran.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 
baguslah murah. biasa dapat murah macam ni sebab peniaga buat sendiri bahan mentah
 
semoga dimurah
kan rezeki pakcik
 
Alhamdulillah semoga rezeki dia bertambah lagi...
 
teliur ke nasik ayam byk gak rm2

kira set lengkap mcm rm6 punye cuma xde salad
 
pakcik ni xmo bukak cawangan kt KL ke??hehehe
 
baguslah murah. biasa dapat murah macam ni sebab peniaga buat sendiri bahan mentah

Btol3, saya mesti piley

lagi satu, diorg tak terpengaruh dgn budaya pemain industri makanan di bandar2 besar. Di bandar2 besar, pemain industri makanan merupakan tetamu mingguan Mekah dan Madinah.
 
Back
Top
Log in Register