imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Mereka didapati membaiki dan membersihkan kembali jengkaut yang dicuri sebelum dijual antara RM80,000 dan RM150,000 setiap sebuah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Mohd Yusoff Awang berkata, polis dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah (JSJD) Sepang membuat serbuan pertama Jumaat lalu di sebuah stor dalam ladang kelapa sawit Kampung Semarang, Dengkil serta berjaya merampas tiga jengkaut.
“Dalam serbuan itu, kami menahan empat lelaki,” katanya pada sidang media di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Menurutnya, selepas menyoal siasat suspek, JSJD Sepang yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim membuat serbuan kedua ke atas sebuah rumah di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, kelmarin dan berjaya merampas tiga lagi jengkaut dan menahan seorang remaja 17 tahun.
“Kumpulan ini dipercayai mencuri jengkaut menggunakan jentera berat di waktu malam,” katanya.
Kesemua yang ditahan berumur 17 hingga 45 tahun dan salah seorang daripada mereka mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, rogol dan samun.
Beliau berkata, kesemua lima suspek direman sehingga 30 Mei untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.
“Ini melibatkan kes kecurian jengkaut yang pertama di Sepang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian