BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual isteri bayar kereta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.

Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai ‘bapa ayam’ untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.


Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Jualisteribayarkereta/Article
 
perseta* punya suami....laknat la ko kat akhirat nnt...
 
patut suami ni jaga isteri dia,ini dilacurkan pulak..
 
Semoga Allah selamatkan aku dan juga orang beriman dari bala yang bakal menimpa.
 
Kurangnya didikan agama....mcm ni la jadinya. Salah tak pernah ditegur itulah hasilnya.
 
Back
Top
Log in Register