BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juadah dekat longkang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun perniagaan baru beroperasi.

KUALA LUMPUR: Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan.

Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.


Tinjauan mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan.


Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.


“Saya tidak tahu pun kedai ini kotor, mungkin sebab saya selalu memesan makanan dari depan jadi tidak nampak apa yang berlaku di belakang.


“Rumah saya dekat kedai ini, sebab itu saya sering datang makan, tetapi selepas dapat tahu mengenai perkara itu, mungkin saya tidak akan datang lagi sehingga mereka bersihkan kedai terlebih dulu,” katanya.


Sementara itu Pegawai Kesihatan Parlimen Wangsa Maju dan Setia Wangsa, Dr Jamaiyah Mohd Yunus berkata, jika ada kedai yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis mereka akan dikenakan kompaun atau kedai perlu ditutup.


“Antara syarat perlu dipatuhi semua pengendali makanan ialah perlu mendapatkan suntikan, memakai apron, topi dan menghadiri kursus asas pengendalian makanan,” katanya.


Sembilan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu dan enam kompaun dikeluarkan dengan kesalahan berniaga di luar premis, membuang sisa makanan di longkang awam, ada urungan lipas, tiada suntikan dan tiada lesen perniagaan.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Juadahdekatlongkang/Article/index_html
 
mmg banyak kedai macam nih... bila makan tu jenguk2 la dapurnya..
 
klo kt depan memang la bersih, tp klo kt dapur....faham2 la...
 
kalau dapo dia tersorok mesti selalunye kotor
 
eleh...line clear nasik kandar yg konon2 best memanjang masuk tv tu tepi longkang jugaak....bau toksah cakap la,dekat ngan tandas premis lain2 plak tu..aku heran.apa yg best sgt situ.

tk tau la kot skang dh pindah..

biasa la..produk pelancongan mana blh kacau
 
Dulu suka makan kat restoran. Sekarang suka makan kat benteng....nampak dapur dengan dengan tukang masak. Lepas tengah malam dia orang bersihkan dan simpan stall sebab jalan bukak hingga pukul 6 petang.
 
luar bersih dalam kotor, depan bersih blkg kotor..
 
berlambak lg kedai camni... watla operasi betul2...
 
Back
Top
Log in Register